Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ge.ra/.kan] | مڠݢرقکن

Definisi : 1. menjadikan atau mengakibatkan bergerak (bergoyang, berubah letak, beralih tempat, dsb); ~ kepala menggoyangkan kepala; 2. menjadikan aktif (dapat bergerak atau bertindak, hidup dan berfungsi, dsb), menjadikan mampu mencapai kejayaan atau perkembangan: tiap-tiap peristiwa yg ada itu, berperanan tegas utk ~ cerita; ia amat percaya bahawa seni mempunyai tugas penting utk ~ tenaga masyarakat; 3. membangunkan (drpd tidur); ~ enjin menjalankan enjin; ~ hati membangkitkan hati, membuat hati (orang) kurang senang; ~ minat menambah minat; ~ pasukan memindahkan (memajukan dll) pasukan; ~ rakyat menaikkan semangat rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ge.ra/.kan] | مڠݢرقکن

Definisi : 1 menjadikan bergerak (spt bergoyang dll): Apabila kita membaca, otot-otot di belakang mata ~ mata kita ke kiri dan ke kanan. 2 memindahkan ke tempat lain; mengalih: Siapakah yg ~ barang-barang itu dr tempatnya? 3 mengejutkan seseorang yg sedang tidur; membangunkan; membangkitkan: Dia selalu ~ adiknya utk pergi ke sekolah. 4 menjadikan atau mengusahakan supaya berjalan, berfungsi dll (ttg pertubuhan dsb). ~ enjin menghidupkan atau menjalankan enjin. ~ pasukan memindahkan pasukan ke tempat lain. ~ rakyat membangkitkan kemahuan rakyat utk berusaha; membangkitkan semangat rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggerakkan


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Menggerakkan semangat patriotik mudaA. Samad IsmailBerita Harian31.08.1996
Menggerakkan ekonomi Melayu dalam abad ke-21Salleh Abdul MajidBerita Harian14.09.1996
Menggerakkan semula budaya intelektual masyarakat IslamMunir RamliBerita Harian26.07.1991
Menggerakkan aktiviti persatuan penulisSutung Umar RSBerita Minggu09.01.2005
Kongres menggerakkan perubahanNoraini Abd RazakMingguan Malaysia04.05.2008
Fiksyen sains ... menggerakkan budaya politik duniaA. Wahab HamzahUtusan Malaysia31.07.1998
Arpipi ditubuh untuk menggerakkan kegiatan sasteraNorazam Noor DinBerita Harian14.11.1998
Penyair mutakhir: setakat mana menggerakkan pemikiranHazemi RamliWatan22.06.1989

Kembali ke atas