Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.cap] | مڠوچڤ

Definisi : 1. bp = ~ dua kalimah syahadat menyebutkan atau melafazkan dua kalimah syahadat (yg mengakui bahawasanya tiada Tuhan yg sebenar-benarnya disembah melain-kan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad ialah rasul Allah): ~lah Tok, ~lah, mudah-mudahan Tuhan melindungi kita; 2. = mengucapkan menyebutkan, melafazkan (kata-kata tertentu): tiba-tiba datang se-orang yg tidak dikenali dan ~ salam pada-nya; kotor spt babi, adalah satu perum-pamaan yg diucapkan orang; 3. = meng-ucapkan menyebutkan sesuatu (kata, huruf, dll), melafazkan, melisankan: kata ini diucapkannya dgn penuh perasaan; 4. = mengucapkan mengatakan sesuatu (ceramah, kata-kata, syarahan, dll), memberi syarahan: seorang pelajar yg tertua tampil ke depan mengucapkan suatu pidato; 5. = meng-ucapkan melahirkan perasaan dll dgn kata-kata, menyatakan (bersyukur, terima kasih, turut bersedih, dll): mereka datang ke tempat kami kerana mengucapkan selamat jalan dan terima kasih kerana khidmat kami di situ; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.cap] | مڠوچڤ

Definisi : menyebut atau melafazkan dua kalimah syahadat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengucap

Puisi
 

Anak labi makan mengecap,
     Beri makan kelopak jantung;
Pada nabi saya mengucap,
     Pada Tuhan saya bergantung.


Lihat selanjutnya...(6)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mengucap syukurSuili Bakar ANSNew Sabah Times15.02.2009
Mengucap KesyukuranA. Wahab DangiUtusan Zaman23.06.1991
Mengucap KesyukuranA. Wahab DangiUtusan Zaman19.06.1991
Wauu, wauu mengucap sajakTiadaBacaria19.11.1986
Maaf, jika ku tak sempat mengucap cinta...Aida ARHarian Ekspres22.03.2009

Kembali ke atas