Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.lar] | منجالر

Definisi : 1. bergerak perlahan(-lahan), merayap: ulat itu ~ ke arahnya; 2. (tumbuh) melata (bkn tumbuh-tumbuhan spt pokok labu, kacang panjang, dll): tumbuh-tumbuhan yg ~; 3. merebak (api dll); 4. merebak, menular (bkn penyakit dll): wabak taun telah ~ ke daerah selatan pulau itu; 5. meluas, berkembang merebak (meluas): gerakan antikerajaan oleh kaum Buddha telah ~ di Vietnam Selatan; perkembangan ini kemudiannya ~ ke luar Eropah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.lar] | منجالر

Definisi : 1 berjalan merayap-rayap: Ulat itu ~ di atas bajunya. 2 tumbuh melata: Ada tumbuh-tumbuhan yg ~. 3 merebak atau berjangkit (bkn api, penyakit, pengaruh dll); menular: Api telah ~ ke kedai sebelah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalar
Kata Terbitan : berjalaran, berjalar-jalar, menjalar, menjalarkan,

Puisi
 

Ikan tenggiri makan menyambar,
     Cuka-cuka dalam peti;
Bila berpucuk daunnya lebar,
     Akar menjalar ke sana ke mari.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Umpama sirih,
     menjalar dulu kemudian melilit,
barulah memanjat ke pucuk junjung.

Bermaksud :

Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Labu menjalar ke hilir kundur menjalar ke uluK.BaliSabah Times27.02.1993
Sesuatu Menjalar Di HatiAhadiat AkasahMingguan Wanita08.12.1987
Sesuatu Menjalar Di HatiAhadiat AkasahMingguan Famili03.11.1987
Pasang pun menjalar perlahanRahim TapahNew Sabah Times17.05.2009
Unsur cerpen mula menjalar ke drama?RohaBerita Minggu03.05.1981
Rumput Jangan Dibiar Meliar Ular Jangan Dibiar MenjalarEhsan JamilyBerita Minggu23.12.2007

Kembali ke atas