Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.sah.kan] | مڽوسهکن

Definisi : 1. menjadikan (seseorang) susah, menyukarkan, menyulitkan: aku tidak ada kerja dan itulah yg ~ aku; kanak-kanak kecil tidak perlu disusahkan dgn pengajaran penggunaan imbuhan yg kompleks; 2. men­jadikan susah (sedih, risau, dll), mendukacita­kan, merisaukan: tak usah menangis, apa pula yg disusahkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.sah.kan] | مڽوسهکن

Definisi : 1 menyebabkan menjadi susah; me­nyukarkan; menyulitkan: Aku lebih suka hidup sendiri kerana aku tidak mahu ~ kedua-dua ibu bapaku lagi. 2 menyebabkan berasa susah hati; mendukacitakan; menyedihkan: Jika ada sesuatu yg ~ adinda, ceritakanlah kpd kakanda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susah (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,

2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat

3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,

Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan,

Peribahasa

Memelihara gajah putih.

Bermaksud :

Menyusahkan diri dengan memelihara orang yang tiada mendatangkan faedah.

 

Lihat selanjutnya...(16)

467

Don't play with fire

Jangan melakukan sesuatu yang boleh menyusahkan diri kelak.

Jangan bermain api

The minister could not longer conceal his anger when the manufacturers insisted on not increasing their sugar production during the fasting month. He warned them don't play with fire, if they did not want any stern action taken against them.

Menteri itu tidak dapat menyembunyikan kemarahannya lagi apabila pengilang terus berdegil untuk tidak meningkatkan lagi pengeluaran gula dalam bulan Ramadzan ini. Beliau mengingatkan mereka supaya jangan bermain api jika tidak mahu tindakan tegas diambil

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Menyusahkan penerbitTiadaBerita Harian02.11.1984
Perancang bahasa ditegur menyusahkan penuntutTiadaUtusan Malaysia19.11.1982
Memindahkan sesuatu adalah menyusahkanK. BaliSabah Times10.05.1993
Buku Teks: jangan menyusahkan ibu bapaWahid HashimUtusan Malaysia16.12.2003
Pas tidak mahu isu Shahnon menyusahkan rakyatAkhbar:  Utusan Malaysia24.06.2000

Kembali ke atas