Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.re.sap] | مرسڤ

Definisi : 1. masuk ke dlm liang dll (terutama barang yg cair), menyerap: sejuk angin timur laut yg bertiup itu pun ~ sampai ke tulang sumsum; perapkan daging itu beberapa waktu lamanya hingga garam dll ~ benar; meresap-resap ke rumah orang masuk-masuk ke rumah orang; 2. menyusup keluar, menitis, merembes (peluh): peluh dingin ~ membasahi seluruh badannya; 3. hilang, lenyap (drpd pandangan); makanan itu habis ~ habis lenyap (masuk ke mulut, dimakan); 4. masuk benar (ke dlm hati dll), lekat benar (di dlm hati): segala apa yg dikatakan oleh Khatijah ~ di hatinya; dia berasa sesuatu yg mesra ~ ke dlm jiwanya; 5. masuk ke dlm sesuatu dan menjadi sebahagian daripadanya: beberapa banyak kata asing yg telah ~ ke dlm bahasa Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.re.sap] | مرسڤ

Definisi : 1 masuk ke dlm liang atau lubang (bkn cecair); menyerap: Apabila hujan turun, airnya ~ perlahan-lahan ke dlm tanah. 2 ki masuk benar ke dlm hati (bkn nasihat dll): Segala nasihat orang tua itu ~ di hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
resap
Kata Terbitan : meresap, meresapi, meresapkan, terserap, resapan, keresapan, peresapan,

Peribahasa

Mencurah air di daun keladi.

Bermaksud :

Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Semangat patriotik meresap dalam AnugerahJamliah AbdullahUtusan Malaysia04.10.1996
Azizi bimbang pengaruh teater meresap kedalam drama TVNazeri Nong SamahUtusan Melayu28.09.1983
Konsep Melayu Baru mula meresap dalam minda MelayuChamil WariyaUtusan Malaysia03.10.1993

Kembali ke atas