Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ro.sot] | مروسوت

Definisi : 1. meluncur turun, gelongsor, menggelingsir: ia tidak sedar ketika anaknya ~ dr pangkuannya; 2. sangat banyak turun­nya, jatuh sekali (harga barang dll): harga getah sangat ~ tahun ini; 3. menjadi kurang sangat (hasil, pendapatan, pengaruh, dll): maka majalah itu pun mulai ~ pen­jual­an­nya; gengsi kami di luar negeri sangat ~ dan sentiasa menjadi bahan tertawaan; 4. semakin kurang (mundur), tidak maju (ke­pandaian, kesihatan, dll): kesihatannya se­makin ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ro.sot] | مروسوت

Definisi : 1. tergelincir turun (kerana licin dll); 2. turun (harga, mutu, dll), jatuh, berkurang (perniagaan dll): kerana aku begitu terikat dlm soal-soal politik, maka biro teknikku ~ sehingga mati sama sekali; memerosotkan menyebabkan merosot (bkn harga, prestasi dsb), memundurkan: faktor psikologi ini akan ~ prestasi harga dlm pasaran saham; kemerosotan perihal merosot (nilai wang, mutu, kemajuan, dll), kejatuhan, kemunduran: apabila berlaku ~ dlm bidang perusahaan, maka pengusaha terpaksa memberhentikan kebanyakan atau semua pekerjanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ro.sot] | مروسوت

Definisi : 1 bergerak dr tempat tinggi ke tempat rendah; menggelongsor; turun: Ia tidak sedar bahawa anaknya ~ dr pangkuannya. 2 jatuh atau turun (bkn harga atau nilai sesuatu): Sejak beberapa tahun lalu, harga getah ~ tetapi sekarang naik kembali. 3 menjadi semakin kurang (bkn hasil, pendapatan dll): Kerana musuh terlalu banyak, hasil padi tahun ini ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ro.sot] | مروسوت

Definisi : turun atau jatuh (bkn harga, prestasi, mutu dll); tidak maju: Perniagaannya makin lama makin ~ kerana termakan modal. kemerosotan keadaan merosot (bkn nilai wang, mutu, kemajuan dll); kemunduran; kejatuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rosot
Kata Terbitan : merosot, merosotkan, kemerosotan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kenapa merosot perjuangan Guru-Guru Melayu sekarang?Firdaus Haji AbdullahBerita Minggu15.04.1979
Mutu sastera merosot?Imlan AdabiBacaria11.03.1987
penyertaan dah merosot-Harian metro26.10.1991
Hasil karya merosot jangan salahkan akhbar-akhbarMalungunUtusan Zaman03.07.1975
Jualan akhbar merosotTiadaWatan01.10.1996
Cannes: kian merosot dan tercabar?A. Wahab HamzahUtusan Malaysia16.05.1997
Bahasa Melayu ... merosot di selatan ThaiTiadaUtusan Malaysia21.03.1998
Bahasa Inggeris merosotTiadaBacaria16.03.1991
Sastera Islam merosot di MalaysiaSaroji MokhtarSuara Merdeka19.12.1976
Nilai sastra merosotTiadaUtusan Zaman13.05.1973
123456789

Kembali ke atas