[mus.nah] | موسنه
Definisi : binasa sama sekali, hilang lenyap, rosak: sebanyak dua belas buah rumah telah ~ dijilat api; memusnahkan membinasakan langsung, menghilangkan, melenyapkan, merosakkan: angkatan udara Mac Arthur di Filipina telah dimusnahkan dlm masa tiga hari sahaja; kemusnahan perihal musnah, kebinasaan, kelenyapan: semenjak penduduknya diperin-tahkan berpindah, seluruh Kampung Beringin itu terbiar menghadapi ~; pemusnahan perihal atau perbuatan memusnahkan, pembinasaan: penggunaan bom atom bererti ~ umat manusia; pemusnah yg memusnahkan (membinasakan): benarkah surat layang suatu ejen ~ masyarakat? (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mus.nah] | موسنه
Definisi : binasa sama sekali; hilang lenyap; rosak: Rumah-rumah haram itu telah ~ dijilat api. memusnahkan menyebabkan jadi musnah; membinasakan; merosakkan: Bom atom telah ~ bandar Hiroshima dan Nagasaki. kemusnahan keadaan atau hal musnah; kebinasaan. pemusnahan perbuatan atau hal memusnahkan; pembinasaan. pemusnah yg memusnahkan: usaha utk menghapuskan ~ masyarakat dan bangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)