Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mus.ta.hil] | مستحيل

Definisi : tidak boleh jadi, tidak mungkin, tidak masuk akal: dahulu orang memikirkan bahawa penyakit kusta ini ~ dapat diubati; memustahilkan menganggap mustahil, meng­anggap tidak mungkin: jangan ~ sesuatu kejadian yg belum kamu ketahui; kemustahilan 1. perihal mustahil; 2. sesuatu yg tidak mungkin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mus.ta.hil] | مستحيل

Definisi : tidak masuk akal; tidak mungkin: Syarat-syarat yg dikemukakan oleh tuan puteri itu ~ dpt dipenuhi. memustahilkan menganggap mustahil; tidak memungkinkan. kemustahilan 1 sesuatu yg mustahil; sesuatu yg tidak mungkin. 2 keadaan mustahil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mustahil (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan tidak mungkin, tidak boleh jadi, tidak masuk akal, tidak munasabah, bukan-bukan, tidak-tidak, ganjil-ganjil, tidak beralasan, muhal, lengkara;,

Puisi
 

Bubuh di atas dulang suasa,
     Beri minum ratu Majapahit;
Mustahil kan hilang penyakit cinta,
     Jika tak dapat tidur pun sakit.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Berdengking si tua memekik,
     mustahil akan menggigit jema.

Bermaksud :

Orang yang terlalu marah serta berteriak-teriak, biasanya tidak sampai mempergunakan tangan akan memukul. si tua = harimau; jema = orang.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mustahil peminat sastra tak dapat bertemu orang2 kuat PPJ di JBNoor S.Y.Berita Harian25.01.1977
Mustahil PM rombak kabinet lagiSubky LatiffWatan10.10.1980
Mustahil, kata doktor2Azah AzizUtusan Zaman20.06.1976
MustahilSyafikah EffendaMingguan Timur22.08.1976
Tidak mustahil seni anyaman Melayu akan lenyapM. Yusuf AhmadBintang Timur29.11.1982
Tidak Mustahil Anak Malaysia Jadi Juara DuniaKhadijah HashimUtusan Malaysia12.02.1991
Pengarang Malaysia tidak mustahil menang hadiah novel duniaTiadaUtusan Malaysia18.12.1991
Industri budaya: tidak mustahil boleh dilakukanM. Hanafiah A. SamadBerita Minggu03.04.1983

Kembali ke atas