Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.fas] | نفس

Definisi : 1. udara yg disedut ke dlm dan di­hembuskan keluar dr paru-paru; menarik ~ menyedut udara (ke dlm paru-paru); meng­hembuskan ~ yg akhir (penghabisan) mati; 2. penyedutan dan pengeluaran udara dr paru-paru: ~ pendek; ~nya Isnin Khamis Id, bp mengap-ngap (hampir mati); sakit ~ sakit sesak nafas (bengik); ~ baru semangat baru atau sumber baru kekuatan yg memulihkan sesuatu kegiatan dll atau memberinya ke-upayaan baru: memberi ~ baru kpd per­kembangan dunia hiburan dan per­kem­bangan bahasa Malaysia amnya; senafas 1. sepanjang waktu yg diperlukan utk menarik dan mengeluarkan nafas satu kali, dlm jangka waktu yg pendek sekali: tapi angin mati, ~ pun tak bertiup; 2. ki sama keadaannya, selaras, sepadan, sesuai: kalimat-kalimatnya sejenis dan ~; bernafas 1. menyedut dan menghembuskan nafas dr paru-paru: ikan ~ melalui insangnya; 2. bernyawa, hidup; tiap-tiap yg ~ tiap-tiap yg hidup; 3. mempunyai unsur, berunsur, berbau: puisi yg ~ keislaman spt yg diasaskan oleh Hamzah Fansuri dan Amir Hamzah itu seolah-olah tidak diteruskan lagi; ~ keluar badan prb lebih percaya kpd pendapat orang lain drpd pendapat sendiri; menafaskan mengeluarkan nafas; pernafasan perihal bernafas: liang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.fas] | نفس

Definisi : 1 udara yg disedut ke dlm dan dihembuskan keluar dr paru-paru: menarik ~. 2 penyedutan dan penghembusan udara (dr paru-paru): ~nya panjang. bernafas 1 menyedut dan menghembuskan nafas: Ikan ~ dgn insangnya. 2 hidup; bernyawa: Tiap-tiap yg ~ akan mati juga sudahnya. pernafasan perbuatan atau hal ber­nafas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nafas
Kata Terbitan : senafas, bernafas,

Puisi
 

Cekak manis makanan sotong,
     Sotong nak mati ditimpa ruang;
Tarik nafas tergantung-gantung,
     Terkenang diri dikeji orang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Berair kerongkongan.

Bermaksud :

Mendapat rezeki. kerongkongan = pembuluh nafas.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Nafas-nafas purbaJamail MasadorNew Sabah times17.02.2008
Nafas-nafas LukaMarjan SBerita Harian (Sastera dan Budaya)03.10.2000
Nafas-nafas muda menjadi pendokong utama Grup Teater KreatifSaodah IsmailBerita Harian09.06.1983
Nafas yang tak setiaHasyuda AbadiHarian Ekspres21.12.2008
Nafas EkspatriatFudzailBerita Harian11.04.2009
Nafas baru Mahsuri versi FauziahSakini Mohd SaidHarian Metro29.04.2009
Nafas baru stesen kereta apiFatimi Nadiah ZainudeenKosmo23.11.2007
Nafas baru gasing pangkahNoraini A. GhaniKosmo09.06.2007
Nafas terhenti (Kelmarin Yang Hilang)Iman Al-HakimUtusan Malaysia28.11.2006
Nafas KemerdekaanNazim Mohd. SubariBerita Harian (Sastera dan Budaya)24.08.2000
12345678910...

Kembali ke atas