Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.ma] | نام

Definisi : 1 panggilan atau sebutan bagi orang, barang, tempat dll: ~ kakak saya Salmah. Apa ~ benda yg kaupegang itu? 2 maruah; kemasyhuran: ~nya telah rosak telah hilang maruahnya. ~ baik kehormatan; maruah. ~ batang tubuh nama diri yg sebenarnya (bukan nama samaran dll). ~ cembung (timangan) nama yg digunakan bagi diri seseorang utk menyatakan kekariban (sayang atau manja). ~ log masuk ist nama unik yg diberikan bagi setiap akaun komputer utk mengenali seseorang pengguna komputer semasa memulakan penggu­na­an sistem atau rangkaian komputer. ~ pena nama yg bukan nama sebenarnya yg digunakan oleh penulis (penyajak dsb) pd karyanya. ~ samaran nama utk menyembunyikan nama sebenar. bernama 1 mempunyai atau memakai nama: Akulah yg ~ Taming Sari. 2 mendapat nama; terkenal; masyhur: Baginda telah memanggil seluruh tabib yg ~ utk mengubati puterinya. menamai memberikan nama kpd; membubuh nama pd; menggelar seseorang: Dia ~ anaknya Adli. menamakan 1 mem­berikan sesuatu gelaran sbg nama; menjadikan sesuatu sbg nama: Dia ~ Adli kpd anaknya. Orang Melayu telah ~ tir bagi buah catur yg berbentuk spt kota. 2 mencalonkan seseorang (utk bertanding dlm pilihan raya dll); mencadangkan atau memberikan nama seseorang sbg wakil (calon dsb): Mereka ~ beberapa orang calon dlm pemilihan itu. ternama dikenali ramai; termasyhur; terkenal: Picasso ialah pelukis yg ~. kenamaan 1 dihormati dan disegani (kerana kepintaran, kepandaian dsb): ahli bahasa yg ~. 2 berpangkat ting­gi; besar (bkn orang, pegawai dll): Mereka itu anak orang-orang besar dan ~. penamaan perbuatan (hal dsb) menamai atau menamakan. penama 1 orang yg membubuh nama atau yg mencalonkan; pencadang. 2 orang yg dinamakan sbg waris (pemegang kuasa dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nama (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,

Puisi
 

Pokok melati sedang naik,
     Daunnya hilang subur dan sihat;
Biar mati nama yang baik,
     Jangan mati nama yang jahat.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Gajah mati meninggalkan tulang,
     harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nama.

Bermaksud :

Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

 

Lihat selanjutnya...(18)

491

Do right and fear no man

Tidak takut untuk bertindak atas nama kebenaran

Biarlah terjual nyawa, jangan terjual nama

I'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man, but fear God.

Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Biarlah terjual nyawa, jangan terjual nama, dan takut akan Tuhan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(28)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Nama-nama sebenar terpapar dalam novel KalutUthaya Sankar S. BMingguan Malaysia01.11.1998
Nama-nama penulis Indonesia membuat PusingGodlim PanggabeanKompas24.06.1971
Nama-nama barat dalam filem MelayuTiadaUtusan Zaman03.11.1991
Nama-nama MelayuPak Pandir ModenUtusan Malaysia26.06.1975
Menukar nama-nama...Pak Pandir ModenUtusan Malaysia10.06.1982
Semua nama-nama jalan, tempat berbau penjajah di KL akan diubahTiadaUtusan Malaysia31.07.1973
Ejaan nama-nama orang diseragamTiadaMingguan Malaysia18.07.1985
Hapuskan segera nama-nama yang berbau penjajah - SamadTiadaUtusan Melayu17.08.1971
Satu seminar mengenai nama-namaPak Pandir ModenUtusan Malaysia28.02.1974
Sudah ada yang dapat mencium nama-nama pemenangRazak HasinUtusan Zaman15.11.1981
12345678910...

Kembali ke atas