Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.mun] | نامون

Definisi : 1. asalkan (sahaja), kalau, sekadar: apa kehendakmu akan kuberikan, ~ jangan juga aku engkau bunuh; 2. akan (hal), berhubung dgn, berkenaan, tentang; 3. biarpun, meski­pun, sungguhpun, walaupun: ~ begitu, cerita yg berbeza-beza itu mempunyai dasar yg sama; 4. tetapi: walaupun begitu ~ ia masih perlu mengetahui sebab-musabab anak murid­­­­nya itu menangis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.mun] | نامون

Definisi : 1 sungguhpun; meskipun; wa­lau­­pun: Banyak bahagian Hong Kong yg berbukit bukau, ~ demikian, lebih 3.7 juta orang tinggal di tanah jajahan yg kecil itu. 2 tetapi: Walaupun Laksamana Hang Tuah telah lama meninggalkan kita, ~ nama dan semangat kepahlawanannya tetap hidup dlm ingatan seluruh bangsa. 3 asalkan; sekadar: Apa kehendakmu ku­beri­kan, ~ jangan juga aku kaubunuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
namun (kata tugas)
Bersinonim dengan tetapi, sebaliknya.,

Puisi
 

Kalau begitu rupanya padi,
     Namun mengindang layu-layu;
Kalau begitu rusuhnya hati,
     Mahu menumpang biduk lalu.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Cekel berhabis,
     lapuk berteduh.

Bermaksud :

Biarpun kikir namun harta akan habis juga akhirnya atau hilang percuma saja. cekel = kikir, pelit.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Namun Cinta Itu Tak Mampu Terluahkan..Sri DiahMingguan Wanita03.04.1998
Namun Ku Punya HatiMukhtar MustafaMingguan Timur28.10.1982
Namun Segalanya Di situHamsiah YahyaSabah Times15.10.1992
Indahnya Dunia Namun Tiada BerhargaSudirman UsmanHarian Ekspress11.05.2008
Pelbagai kongres diadakan, namun nasib bahasa Melayu tidak berubahRejab IsmailSiasah16.02.2007
Biar rentak seribu, namun pentas biarlah satuRuhi HayatBerita Harian10.09.1973
Hari-hari Berlalu Namun Hatiku Kian SangsiLinda Mohd. NorMingguan Wanita06.11.1998
Akhir cerita agak baik namun perlu lebih padat isiTiadaMingguan Timur31.10.1976
Walaupun Barang-Barang Banyak Diniagakan Namun Hati Dan Jiwanya TidakBoleh TenteramSuria Mohd DesaUtusan Zaman01.02.1984

Kembali ke atas