Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.kah] | نکاح

Definisi : akad (perjanjian) yg mengandungi lafaz ijab dan kabul yg menghalalkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan, perkahwinan: telah sudah ~, maka nasi adap-adapan pun dikeluarkan orang; akad ~ perjanjian perkahwinan; wakil ~ wakil pengantin lelaki dlm upacara nikah; ~ batin perkahwinan Orang Laut yg tidak menurut agama Islam; ~ gantung per­kah­winan yg sudah sah tetapi belum dirasmikan dgn perayaan (suami isteri belum tinggal serumah); ~ taklik nikah dgn syarat-syarat (apabila tidak dipenuhi, gugur talaknya dll); ~ turun malim nikah utk menutup malu sahaja (selepas nikah bercerai pula); ~ zahir per­kahwinan Orang Laut menurut agama Islam; ~ maharaja Boma (bumi) prb orang yg kerap kali berkahwin atau orang yg berkahwin dgn tidak mengeluarkan belanja apa-apa; masam bagai ~ tak suka prb tidak bersenang hati spt orang yg dipaksa kahwin; bernikah mengikat hubungan sbg suami isteri yg sah, melangsungkan perkahwinan: maka ~lah Tengku Kamariah itu dgn Raja Kecil; menikah berkahwin, bernikah: maka ~lah Jaliah dgn Basir; menikahi berkahwin dgn, mengahwini: ia tentu tak mahu ~nya dan mengambilnya jadi isteri; menikahkan menjadikan sbg suami isteri; mengahwinkan: maka kadi pun tampillah ~ si Luncai dgn Tuan Puteri itu; nikah-nikahan bp selalu bernikah, suka bernikah; pernikahan perbuatan atau hal bernikah, perkahwinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.kah] | نکاح

Definisi : ikatan yg sah antara lelaki dgn perempuan utk hidup sbg suami isteri; perkahwinan: Jika tidak ada saksi, ~nya tidak sah. ~ gantung perkahwinan yg sudah sah tetapi pasangan suami isteri itu belum bersatu lagi. ~ turun malim perkahwinan utk menutup malu saja (selepas bernikah terus ber­cerai). bernikah bersetuju men­jadi suami atau isteri; berkahwin: Maka ~lah Tengku Kamariah dgn Raja Kecil. menikahi berkahwin dgn; mengah­wini: Dia enggan ~ gadis pilihan ibunya. menikahkan menjadikan sbg suami isteri; mengahwinkan: Pak Imamlah yg ~ kedua-dua pengantin itu. pernikahan perbuatan atau hal bernikah; perkah­winan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nikah
Kata Terbitan : bernikah, menikahi, menikahkan, pernikahan,

Puisi
 

Anak lintah tergedit-gedit,
     Anak harimau menyeberang paya;
Nak nikah tergedit-gedit,
     Orang tak mahu apakan daya.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Nikah maharaja bumi (= Boma).

Bermaksud :

Nikah tanpa belanja.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Nikah dengan 17 syaratTiadaKosmo Ahad16.09.2007
Nikah gantung? (Kelmarin Yang Hilang)Iman Al-HakimUtusan Malaysia03.04.2006
Nikah Tak SahUmmu AnisahMingguan Islam18.10.1985
Nikah gantungA. N. HamiosmaWarta Perdana28.12.1990
Peraturan nikah patut dikekalkanA. Samad IsmailBerita Harian26.09.1992
Peraturan nikah patut dikekalkanA. Samad IsmailBerita Harian08.09.1992
Benih Luar NikahRusdi IdriasBacaria18.01.1995
Jumpa dua kali ajak nikahSaniboey Mohd IsmailMetro Ahad12.11.1995
Tidur Sebilik Kadi Enggan Nikah..ZufirdahWarta Perdana29.01.1995
Konvensyen jawi diumpamakan macam acara bertunang belum nikahMustafi SuhaimiUtusan Zaman25.04.1984

Kembali ke atas