Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nom.bor] | نومبور

Definisi : tanda yg menyatakan bilangan, angka; ~ asas nombor dr 0 hingga 9; ~ atom (Kim) nombor yg menunjukkan bilangan proton di dlm nukleus atom atau bilangan elektron yg mengelilingi nukleus atom neutral; ~ Avogadro (Kim) bilangan molekul, atom, ion, atau elektron dlm satu mol bahan; ~ bercampur nombor yg mengandungi nombor penuh dgn angka pecahan; ~ bulat = ~ penuh nombor yg tidak ada angka pecahan; ~ ganjil nombor yg berlebih apabila dibahagi dgn dua; ~ genap nombor yg tidak berlebih apabila dibahagi dgn dua; ~ induk = ~ pokok Id bilangan daftar dlm buku daftar; ~ lepas Id eceran (surat khabar, majalah); ~ neutron (Kim) bilangan neutron dlm sesuatu nukleus atom; ~ pendaftaran satu siri huruf dan nombor yg terdaftar dgn pihak yg berwajib, mis bagi kereta dan syarikat; ~ pengenalan diri nombor rahsia yg di­per­untukkan kpd seseorang pemegang akaun, biasanya digunakan dgn kad bank utk me­ngeluarkan wang tunai melalui ATM: ~ peng­oksidaan (Kim) bilangan elektron yg perlu ditambah kpd kation atau disingkirkan drpd anion utk memperoleh atom neutral; ~ perduaan (Mat) nombor yg menggunakan sistem pernomboran berdasarkan dua angka asas, iaitu 0 dan 1; ~ perenambelasan (Mat) nombor dlm sistem angka yg berdasarkan enam belas angka asas, iaitu 0 hingga 9 dan A hingga F; ~ perlapanan (Mat) nombor dlm sistem angka yg berdasarkan lapan angka asas, iaitu 0 hingga 7; ~ plat nombor pendaftaran pd kenderaan bermotor; ~ satu a) angka satu; b) = ~ wahid bp yg terbaik atau terdahulu; ~ siri nombor yg menandakan satu-satu item atau butiran dlm sesuatu siri, mis pd wang kertas; ~ tunggal nombor yg hanya boleh dibahagi oleh nombor itu sendiri dan nombor satu (tanpa berlebih); bernombor mempunyai nombor atau telah dinomborkan; menombori memberi bernombor, mem­berikan nombor (bilangan) kpd; penomboran perihal (perbuatan dsb) me­nombori (sesuatu): ~ bab dibuat berdasarkan jenis dan kategori buku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nom.bor] | نومبور

Definisi : tanda atau lambang dlm tu­lisan utk menyatakan bilangan; angka. ~ atom ist nombor yg menun­jukkan bilangan proton di dlm nukleus atom atau bilangan elektron yg mengelilingi nukleus atom neutral. ~ bulat (penuh) nombor yg tidak mempunyai ang­ka pecahan. ~ ganjil nombor yg ber­baki satu apabila dibahagikan dgn dua. ~ genap nombor yg tidak ber­baki apabila dibahagikan dgn dua. ~ perdana (tunggal) nombor yg tidak dpt dibahagikan dgn sebarang ang­ka lain dgn tidak berbaki kecuali dgn angka 1 atau dgn angka itu sen­diri (mis 7, 17, 41). menombori mem­beri bernombor; menjadikan se­­sua­tu bernombor; meletakkan atau membubuh nombor pd: Mereka ~ piring-piring itu lalu menyimpannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nombor (kata nama)
Bersinonim dengan angka, bilangan.,

Puisi
 

Darilah Raib berperahu ke hutan,
     Lumba pertama si nombor satu;
Apa ditangis apa disukakan,
     Hilanglah lama berganti baru.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Pertukaran nombor faxTiadaNew Sunday Times12.08.1990
Pertukaran nombor telefonTiadaNew Straits Times02.12.1978
Dapat Nombor SatuOmar MamatBerita Minggu01.08.1988
Pesakit Nombor: 50M. FardaMingguan Malaysia01.01.1967
Pesakit Nombor 50M. FardaMingguan Malaysia01.01.1967
Pesakit Nombor: 50M. FardaMingguan Malaysia01.01.1967
Hipokrasi nombor wahidYahya IsmailMingguan Kota12.11.1989
Tuah NomborHilmi RinduMingguan Malaysia26.09.1981
Sepasang Nombor SetiaT. Alias TaibMingguan Malaysia01.03.1977
Sebatang Nombor SepiT. Alias TaibMingguan Malaysia01.03.1977
123

Kembali ke atas