Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ca/] | ڤاچق

Definisi : 1. sesuatu yg panjang dan runcing, cucuk (ikan yg hendak dipanggang, sate, dll); 2. kayu (tongkat dll) yg tirus hujungnya, pan­cang; pak ~ orang yg tidak penting peranannya (watak tambahan dlm lakonan pentas dll); memacak mencucuk, menusuk: ~ ikan; ~ hari Kl menetapkan hari bulan; memacakkan memasang pacak (pancang dll), memancangkan: satu tiang yg tirus, panjangnya 1 meter dipacakkan di dlm air; ~ pancang; terpacak 1. telah dipacakkan, terpancang: dicabutnya turus pagar yg ~ itu; 2. ki terdiri tegak, terpancang, terpaku: ia melewati kedua-dua orang pengawal yg ~ spt tiang tiada bergerak-gerak itu; dia sudah nampak Bedah ~ di tepi pantai; 3. ki tepat: dia mesti berada di Kelab Golf jam lima ~ . (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ca/] | ڤاچق

Definisi : biasa (mengerjakan sesuatu), cekap, mahir, pandai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ca/] | ڤاچق

Definisi : Mn recik, percik; memacak-macak merecik-recik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ca/] | ڤاچق

Definisi : 1 benda tajam utk mencucuk sesuatu yg akan dipanggang dll; cucuk (spt lidi sate). 2 kayu dll yg tajam hujungnya; pancang. memacak mencucuk dgn benda tajam; menusuk dgn pacak: ~ sate. memacakkan memasukkan sesuatu benda tajam ke tanah dll; memancangkan (tiang dll): Dia ~ lembingnya ke tebing dan kemudian turun ke sungai. terpacak 1 telah dipacakkan; terpancang: Kayu-kayu yg ~ di tebing sungai itu telah hanyut dibawa arus. 2 berdiri tegak (tidak bergerak-gerak); terpaku: Kelihatan beberapa orang pengawal ~ di hadapan penjara itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pacak (kata nama)
Bersinonim dengan pancang, cerucuk, pucik, tonggak, tiang, cagak, tunggul, penunggul, rancang, bagan, sembuang, ranjau, sungga, suda;,
Kata Terbitan : memacak, memacakkan, terpacak,

Puisi
 

Sirih bertepuk pinang memusing,
     Pacak buluh di atas kota;
Tak boleh duduk hati runsing,
     Tak boleh tubuh nak tengok mata.


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Wayang pacak luahkan kreativiti beliaAfdah Mujab dan Mohd Azraie Md YusofSinar Harian17.04.2008
Wayang pacak di LangkawiRozdan MazalanBerita Harian04.01.2007
Layar Bestari satukan masyarakat : wayang pacak boleh pupuk modal insan di luar bandar serba kekurangan.Francis AndinBerita Harian06.01.2009

Kembali ke atas