[pe.la.bu.han] | ڤلابوهن
Definisi : tempat kapal berlabuh, persinggahan kapal, pangkalan kapal: sasaran yg pertama ialah kapal-kapal yg berlabuh di ~ Brunei; ~ alam pelabuhan yg kedudukan dan keadaan semula jadinya elok; ~ bebas pelabuhan yg tidak mencukai barang yg keluar masuk; ~ udara Id padang kapal terbang, lapangan terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.la.bu.han] | ڤلابوهن
Definisi : tempat kapal berlabuh atau singgah; pangkalan kapal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)