Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.ruh] | ڤڠاروه

Definisi : kuasa yg terbit drpd orang (benda dll) atas orang (benda dll) lain, kekuatan batin (ghaib dll) yg meninggalkan kesan pd orang (lain) dll: ia masih memikirkan tentang ~ wang kpd seluruh manusia dan seluruh dunia; berpengaruh mempunyai pengaruh, berkua­sa: Dato’ Ujang bukanlah sebarang orang, ia berharta dan ~; kesusasteraan dan seni tampak bentuk tradisional terus ~ di Malaysia; mempengaruhi berpengaruh atas, meng­gunakan pengaruh kpd, menguasai: kedua-dua kaum itu berlumba-lumba berikhtiar utk ~ umat Arab ke pihak masing-masing; pengaruh-mempengaruhi saling mempe­ngaruhi: ~ menyebabkan pertimbangan utk pelantikan itu menjadi kacau dan menyeleweng; terpengaruh kena pengaruh, dipengaruhi, dikuasai: ~ oleh prasangka; ~ oleh kata-kata manis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.ruh] | ڤڠاروه

Definisi : (Fiz) induktor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.ruh] | ڤڠاروه

Definisi : 1 daya atau kebolehan yg dpt mengubah perangai (kepercayaan dll) orang; kuasa yg dpt mengubah sikap atau menarik perhatian orang: Agama Islam mempunyai ~ yg besar terhadap kemajuan sains dan ilmu astronomi. 2 kuasa yg disebabkan oleh kekayaan atau pangkat: Beliau telah menggunakan ~nya utk menyelesaikan pertikaian itu. berpengaruh ada pengaruhnya; berkuasa: Beliau memang ~ di kampung ini. mempengaruhi mengenakan pengaruh pd; berpengaruh pd: Iklim ~ kehidupan manusia dan cara mereka mencari nafkah hidup. terpengaruh dipengaruhi; kena pengaruh: Jangan ~ dgn anasir-anasir jahat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pengaruh (kata nama)
Bersinonim dengan kuasa, daya, keupayaan, kemampuan, kesanggupan, kudrat, tenaga, hak, wibawa, mandat, daulat, kekuatan, graviti, tekanan;,
Kata Terbitan : berpengaruh, mempengaruhi, terpengaruh,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Pengaruh-pengaruh islam dan hindu mainkan peranan penting dalamsastera MelayuUngku Mohd. Zaman TahirBerita Harian05.07.1976
Pengaruh Cina dalam kebudayaan Kadazandusun.Dr Dayu SansaluUtusan Borneo24.11.2008
Pengaruh dan pemikiran Saidina Ali di Alam MelayuWan Mohd Shaghir Abdullah [Allahyarham]Utusan Malaysia16.03.2009
Pengaruh bunyi dalam sistem ejaan bahasa Melayu kuno [siri akhir]Wan Ali Wan MamatUtusan Melayu25.02.2007
Pengaruh Arab dalam Jawi lamaWan Ali Wan MamatUtusan Melayu04.02.2008
Pengaruh Parsi dalam bahasa MelayuAbdul Shukur HarunSiasah19.08.2007
Pengaruh emosi dalam karya pelukisAni AwangUtusan Malaysia23.10.2006
Pengaruh al - Ghazali dalam karya Melayu klasikMohd. Zaini Abd. RahmanMingguan Malaysia04.11.2001
Pengaruh kreatif garap teater minda dalam CindaiRanofla Dianti IrwanBerita Harian (Sastera dan Budaya)24.01.2002
Pengaruh Usman Awang dalam puisi Ahmad Sarju?Samaun EhsanWatan02.03.1985
12345678910...

Kembali ke atas