Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.yuh] | ڤڠايوه

Definisi : 1. = kayuh alat utk mengayuh (perahu dsb) yg berdaun satu, dayung; 2. = kayuh alat utk menggerakkan basikal atau beca, rakap, pedal, injak-injak; 3. orang yg mengayuh: dr jauh datang sebuah beca dgn ~nya yg lesu; apa digaduhkan, ~ sama di tangan, perahu sama di air prb a) jika kedua-dua sama hajat­nya, haruslah diperjuangkan terus supaya tentu siapa yg mendapat; b) janganlah gentar melawan orang yg setara dgn kita kerana nasib kita di tangan Allah; engkau belum mencapai ~, aku telah sampai ke seberang prb orang yg bijaksana dapat segera menge­tahui maksudnya atau dalam dangkal penge­tahuannya drpd cakap atau gerak-geri seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.yuh] | ڤڠايوه

Definisi : 1 kayuh; dayung; pedal. 2 orang yg mengayuh basikal (beca dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.nga.yuh] | ڤڠايوه

Definisi : 1 alat yg diberi berdaun hujungnya dan digunakan utk menggerakkan perahu (sampan dll); dayung. 2 pedal basikal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kayuh
Kata Terbitan : berkayuh, mengayuh, pengayuh,

Puisi
 

Kecil-kecil pengayuh lidi,
     Mari sampai hutan seberang;
Kecil-kecil hendak berbini,
     Apa belanja kulit kerang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Pengayuh sama di tangan,
     perahu sama di air.

Bermaksud :

Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Pengayuh BecaAsri RahmanMingguan Tanahair31.10.1985
Dilema Pengayuh BecaRonizamanMingguan Perdana01.06.1983

Kembali ke atas