Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.ta.huan] | ڤڠتاهوان

Definisi : 1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui: kisah serong yg dilakukan oleh Datuk ini sedikit sebanyak sampai juga ke ~ orang kampung; 2. perihal tahu, kepan­dai­an, kebijakan: biasanya orang yg ada ~ dlm ilmu sains kurang pula ~nya dlm bahasa Melayu; 3. = ilmu ~ segala yg (akan) dike­tahui atau dipelajari bkn sesuatu: telah kukuasai ~ tentang falsafah dgn mudah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.ta.huan] | ڤڠتاهوان

Definisi : 1 = ilmu ~ segala yg diketahui atau yg dipelajari ttg sesuatu ilmu: ~ sains. 2 keadaan mengetahui; apa-apa yg diketahui: Se­panjang ~ku, mereka belum pulang lagi. 3 hal mengetahui; kebijakan; kepandaian: ~nya dlm lapangan politik tanah air sungguh luas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,

Peribahasa

Sukakan kemenyan,
     dibakar.

Bermaksud :

Sukakan pengetahuan yang baik hendaklah disebarkan seluas-luasnya.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Pengetahuan sistem bahasa MelayuTiadaBerita Harian08.07.1993
Pengetahuan asas penulisanZalina Ab. WahabHarian Watan11.11.1996
Pengetahuan dan pengalaman bahasaAdiputraWatan Minggu13.04.1997
Pengetahuan bahasa Melayu tentukan taraf hotelTiadaUtusan Malaysia04.08.1997
Pengetahuan yang matang perlu pada sastrawan - Dr. IshakTiadaUtusan Malaysia01.08.1973
Pengetahuan dan pengajaran di sebalik berbagai berita yang tersiar diakhbarPak SakoUtusan Zaman30.06.1985
PengetahuanAl HisyamMingguan Famili25.02.1991
Pengetahuan syariah mampu hilangkan kekeliruanMohamad Zaini Bin Abu BakarUtusan Malaysia12.07.2004
Pengetahuan sastera lahir generasi muliaIsma AhmadBacaria28.08.2004
Kitab pengetahuan Bahasa Huraikan istilah MelayuWan Mohd Shaghir AbdullahBerita Harian11.07.2006
123456789

Kembali ke atas