Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.tas] | ڤنتس

Definisi : 1. lantai (di rumah dll) yg ditinggikan utk tempat tidur (tempat memasak); 2. tempat yg ditinggikan utk bermain sandiwara dll, panggung: ~ bangsawan; presiden telah di bawa ke ~ khas itu tempat beliau telah menerima tabik; orang berdendang di ~nya prb orang berkuasa di rumahnya sendiri; mementaskan memainkan (sandiwara dll) di pentas: mereka telah ~ drama “Harimau Johor” pd minggu lalu di panggung Victoria; pementasan perbuatan mementaskan (san­diwara dll): menikmati hasil ~ anekawarna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.tas] | ڤنتس

Definisi : 1 tempat yg sengaja ditinggikan utk bermain sandiwara dll; panggung. 2 lantai yg ditinggikan utk tempat tidur atau tempat memasak. mementaskan memainkan atau melakonkan sesuatu di atas pentas: Mereka telah ~ cerita Mahsuri di Kolej Melayu, Kuala Kangsar. pementasan perbuatan atau hal mementaskan (sandiwara dll): ~ drama itu telah mendapat sambutan hangat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Pentas Sepi - Pentas PertemuanCheah Chor SooiMingguan Malaysia01.10.1991
PENTAS terbitkan majalah "Pentas"NorhayatMingguan Malaysia13.05.1990
Pentas Majalah Khusus Seni PentasAni AwangUtusan Malaysia27.04.2006
Pentas Opera: Antara karya pentas dan hasil sasteraKu SemanUtusan Malaysia22.01.1991
Pentas IbadahShamsul Idzam Bin JamilUtusan Borneo15.09.2008
Pentas kitaABLHarian Ekspres03.08.2008
Pentas Opera: pementasannya masih relevanAbd Aziz ItarUtusan Malaysia07.04.2008
Pentas PRTM mantapRudy Imran ShamsudinHarian Metro19.10.2007
Pentas teater persembahan makyoungMohamad Sidek Mohamad SallehUtusan Melayu10.07.2006
'Pentas' tonjol tarian modenRohana ManKosmo20.04.2006
12345678910...

Kembali ke atas