Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.ba.di] | ڤريبادي

Definisi : 1. manusia sbg diri sendiri (diri per­seorangan): perkara ini adalah soal diriku sendiri, soal ~; pendapat ~ pendapat sendiri seseorang (sbg orang perseorangan); pengawal (penolong, setiausaha) ~ pengawal (pe­nolong, setiausaha) utk diri sendiri; 2. sifat­-sifat (kelakuan, sikap, dll) seseorang yg sudah sebati dgn dirinya sendiri utk merupakan wataknya (yg terasing drpd yg umum): puasa adalah satu drpd beberapa latihan utk membentuk kesopanan dan ~ yg tinggi; berperibadi mempunyai peribadi (sifat-sifat dll diri sendiri): seorang pengarang harus merupakan seorang manusia yg ~ sendiri, dgn pendapatnya dan pendiriannya sendiri; keperibadian perihal peribadi, sifat (watak, ciri-ciri, dsb) yg khusus terdapat pd seseorang, bangsa, dsb: keistimewaan cerpen-cerpen ini terletak pd kejayaan pengarang mencipta watak-watak yg diberi ~ orang Melayu kampung; faham komunis hendak membuat manusia hidup sbg mesin yg tidak mempunyai ~; ~ bangsa; ~ Islam; berkeperibadian mempunyai keperibadian: usaha membina bangsa Malaysia yg kreatif, dinamis dan ~ sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.ba.di] | ڤريبادي

Definisi : 1 manusia sbg dirinya sendiri; orang di luar tugas-tugasnya yg rasmi; orang perseorangan: Itu soal ~ku, engkau jangan campur. 2 sifat atau sikap seseorang yg sudah sebati dgn dirinya; seluruh sifat dan sikap seseorang yg membezakannya drpd orang lain: Puasa bertujuan membentuk ~ yg tinggi. keperibadian perihal sifat, sikap dsb seseorang (sesebuah negara dll) yg membezakannya drpd yg lain: Tiap-tiap negara di Asia Tenggara mempunyai ~nya masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peribadi (kata nama)
Bersinonim dengan perseorangan, persendirian, diri sendiri, kedirian, seseorang, batang tubuh, prebet, oknum;,
Kata Terbitan : keperibadian, berkeperibadian,

Peribahasa

632

Don't wash your dirty linen in public

Jangan dedahkan hal ehwal berbentuk peribadi atau masalah keluarga yang memalukan kepada orang luar.

Menepuk air di dulang

The reality programme managed to get those involved to air their personal grievances against family and friends in front of the audiences. Perhaps somebody should remind them this : don't wash your dirty linen in public

Rancangan reality tersebut Berjaya membuatkan orang yang terlibat menghebahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kawan dan keluarga di hadapan penonton. Barangkali kita perlu mengingatkan mereka peribahasa ini : jangan menepuk air di dulang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(13)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Peribadi sebagai puisiMohd. Yusoff TaibUtusan Malaysia08.06.1996
Peribadi penulis terlibat di dalam karyaZainal Abidin BakarUtusan Zaman07.06.1981
PeribadiWan Jaafar AhmadUtusan Zaman03.10.1982
Peribadi ulungTiadaMingguan Politik04.07.1992
PeribadiNurzaUtusan Zaman01.02.1964
Peribadi ulung-Mingguan Politik10.07.1992
Peribadi CintamuMaisara A. ZPentas Dunia27.11.1994
PeribadiA. MunirBerita Minggu01.06.1965
PeribadiSabar BohariUtusan Zaman27.06.1965
Catatan peribadi untuk Pak SamadManja IsmailBerita Harian08.09.2008
12345678910...

Kembali ke atas