Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mai.nan] | ڤرماءينن

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan ber­main (bola sepak dll): ~ yg paling digemari ialah bola sepak; ~nya kasar; 3. perbuatan yg dilakukan tidak dgn bersungguh-sungguh (utk main-main sahaja); 4. pertunjukan (wayang, sandiwara, dll), pementasan (drama dll): dr bangku sekolah dahulu kau dah mulai cenderung dlm ~ pentas; 5. bp perempuan utk berseronok-seronok sahaja (bukan dijadi­kan isteri): sesudah ditalak oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja; 6. Id sj barang perhiasan (spt loket yg digantungkan pd kalung dll); 7. sesuatu yg dipermainkan atau dipersendakan: janganlah kamu jadikan agama kamu sbg ejek-ejekan dan ~; ~ puteri Kl cara mengubati penyakit oleh bomoh (me­makai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dll) dgn jalan bertutur dgn orang yg berada dlm keadaan tidak sedar; hujan panas ~ hari, senang susah ~ hidup prb telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mai.nan] | ڤرماءينن

Definisi : 1 apa-apa yg digunakan utk bermain; mainan. 2 perbuatan atau hal bermain; cara bermain: ~ catur patut digalakkan di kalangan anak-anak kita. ~nya sungguh baik. 3 sesuatu yg dilakukan dgn tidak sungguh-sungguh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sayang serindit punai di Jawa,
     Permainan anak permaisuri;
Pelepah jatuh pucuk ketawa,
     Pangkal juga menahan diri.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Mengadu kucing dengan babi.

Bermaksud :

Bermain ceki dengan bertaruh wang. ceki = sejenis permainan judi Cina.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Permainan turn-temurunKemalia Othman dan Atiqah YaacobSinar Harian05.01.2009
Permainan KehidupanWan Jaafar AhmadWarta Perdana22.06.2008
Permainan komputer online bahasa Melayu diperkenal-Utusan Malaysia24.03.2008
Permainan tradisional kekal sepanjang zamanZamzurina AhmadUtusan Malaysia03.11.2007
Permainan tradisi dicadang jadi acara sukan sekolah-Berita Harian26.07.2006
Permainan kompang sebagai satu perjuanganSidek Haji PaimanMingguan Tanahair27.01.1983
Permainan tradisional meriahkan Minggu Kebudayaan TerengganuTiadaUtusan Malaysia04.07.1988
Permainan rakyat warisan KelantanTiadaBerita Minggu21.07.1985
Permainan rakyat yang dilupakan akan dihidupkan semulaHassan Mohd. NorUtusan Melayu05.03.1985
Permainan "tui" akan dihidupkan semulaTiadaUtusan Melayu13.06.1985
12345678910...

Kembali ke atas