Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.nang] | ڤينڠ

Definisi : sj tumbuhan (palma yg buahnya di­makan dgn sirih), Areca catechu; ~ kotai = ~ kosi a) buah pinang tua yg dikeringkan; b) sj binatang spt halipan, gong­gok; c) Kl orang bodoh yg mempunyai sifat­-sifat kekerasan; ~ masak a) warna kuning kemerah-merahan; b) buah pinang yg sudah masak; ~ muda a) buah pinang yg masih muda; b) alku, muncikari; ~ raja sj tumbuhan (palma), Cyrtostachya lakka; ~ sebatang a) tidak mempunyai sanak saudara; b) ki kurus dan tinggi; spt ~ dibelah dua prb dua orang (suami isteri, teman dll) yg hampir-hampir serupa (sama cantik dan sama padan); ~ pulang ke tampuk prb sudah cocok benar (sudah pd tempatnya); ~ tua merah ekor prb, Mn perempuan yg sudah berumur tetapi berkelakuan spt perem­puan muda; bak ~ dianduh, putus tali dia berdiri prb, Mn melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa; darah baru setampuk ~ prb masih muda benar; kasihkan ~ sebatang drpd aur serumpun prb, Mn lebih sayang kpd orang lain drpd kaum keluarga sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.nang] | ڤينڠ

Definisi : ; meminang 1. meminta seseorang perempuan menjadi isteri, melamar: ketika dia datang ~, ibuku tidak lengah-lengah menerimanya; 2. memohon pekerjaan dll, melamar: banyak orang yg ~ jawatan itu; pipit ~ anak enggang prb orang miskin hen­dak memperisteri anak orang kaya; tabuhan ~ anak labah-labah prb mencari jodoh yg tidak sepadan; meminangkan meminang gadis utk orang lain: mana muafakatlah ia dgn segala orang besarnya hendak ~ puteranya Raja Abdullah akan Tengku Besar; pinangan 1. permintaan utk menjadikan is­teri: dgn tiada banyak cerewet lagi, saudagar Biram suami isteri telah menerima ~ itu; 2. lamaran (pekerjaan dll); peminangan hal (pekerjaan dll) meminang: haram melakukan ~ ke atas perempuan yg telah dipinang; peminang 1. orang yg datang meminang; 2. pemohon pekerjaan, pelamar; 3. ark bekas (tempat) sirih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.nang] | ڤينڠ

Definisi : Mn; meminang-minang meni­mang-nimang; ®timang I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.nang] | ڤينڠ

Definisi : nama sj pokok palma atau buahnya (buahnya dimakan dgn sirih), Areca catechu. ~ raja pinang yg kemerah-merahan warna pelepahnya, Cyrtostachya lakka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pi.nang] | ڤينڠ

Definisi : ; meminang meminta seseorang perempuan menjadi isteri; melamar: Beliau telah pergi ~ Puteri Gunung Ledang utk dijadikan permaisuri Sultan Mahmud. meminangkan meminang utk seseorang; melamarkan. pinangan permintaan meminang; lamaran: ~ Raja Benggala akan puteri Raja Yeman itu telah ditolak. peminangan perbuatan atau hal meminang. peminang orang yg pergi meminang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pinang
Kata Terbitan : meminang, pinangan, peminang,

Puisi
 

Sirih pinang gagang pinang,
     Patah pucuk si gembila;
Cahaya pinang naik ke kening,
     Cahaya sirih naik ke muka.


Lihat selanjutnya...(138)
Peribahasa

Pinang pulang ke tampuk.

Bermaksud :

Sudah pada tempatnya; sudah cocok benar.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Pulau Pinang, O Pulau Pinang Langit DiriMansor Ahmad Saman Marah Mahadi HassanMingguan Timur15.08.1976
Pulau Pinang, O Pulau Pinang Langit DiriMansor Ahmad Saman Marah Mahadi HassanMingguan Timur15.08.1976
Pulau Pinang, O Pulau Pinang Langit DiriMansor Ahmad Saman Marah Mahadi HassanMingguan Timur15.08.1976
Cerpen anti Melayu Pulau Pinang: Si kerdil Di Pulau PinangShahar AbdullahWatan22.08.1987
Sirig & pinang alat amalan budaya yang semakin dilupaiTiadaUtusan Pengguna01.03.2009
Pulau Pinang wajar tarik papan tandaTiadaBerita Harian24.11.2008
Pulau Pinang tetap pasang papan tanda pelbagai bahasaMohd Anwar Patho RohmanBerita Harian22.11.2008
Pulau Pinang kehilangan tapak budaya?Nur S. Biedyn BeseriMingguan Timur14.06.1981
Pulau Pinang budaya apa?: bahagian akhirAzizi Haji AbdullahWatan08.02.1985
Pulau Pinang budaya apa?: bahagian pertamaAzizi Haji AbdullahWatan01.02.1985
12345678910...

Kembali ke atas