Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.cat] | ڤوچت

Definisi : 1. putih pudar (air muka); ~ sepucat-pucatnya pucat sungguh-sungguh; ~ cengkung pucat dan kurus (cengkung); ~ lesi (benehan, kelat, kemasi, kusam, lesu, mani, pasi, pudar) pucat sungguh, pucat sekali; 2. agak putih (warna): merah-merah ~; ~ lesi bagai ayam kena lengit prb rupa seseorang yg lemah dan pucat kerana menghidap penyakit; memucatkan menyebabkan atau menjadi­kan pucat; kepucatan agak pucat; kuning ~ kuning yg agak keputihan (tidak kuning sungguh). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.cat] | ڤوچت

Definisi : 1 putih pudar air muka atau anggota lain (kerana takut, terkejut, sakit dsb). 2 agak putih warnanya: merah ~ merah yg keputih-putihan; ~ cengkung pucat serta kurus badannya; ~-lesi, = ~-pasi pucat sungguh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pucat

Puisi
 

Buah putat kukata ulam,
     Bukanlah ulam kulari pulang;
Adinda pucat kukata demam,
     Bukannya demam di hati yang pulang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Seperti mayat ditegakkan.

Bermaksud :

Pucat dan tidak berdaya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Pucat Lesi Pada Senja TibaSabar BohariWatan20.07.1979
Pucat Hingga Ke SubohNoorjayaUtusan Zaman21.07.1968
Pucat Hingga Ke SubohNoorjayaUtusan Zaman21.07.1968
Pucat Hingga Ke SubuhNoorjayaUtusan Zaman01.07.1968
Bulan PucatPardani SojoMingguan Malaysia28.02.1993
Bulan PucatNina KiranaBerita Minggu10.11.1987
Bulan PucatNina KiranaBerita Minggu10.11.1987
Sinar Kian PucatNorhisham MustafaMingguan Wanita01.12.1982

Kembali ke atas