Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ja] | ڤوجا

Definisi : sj upacara penghormatan kpd dewa-dewa (berhala dll); pesta ~ umur pesta utk mem­peringati hari jadi; ~ puji berbagai-bagai macam puja dan puji; memuja 1. memuliakan dewa-dewa dll dgn membakar dupa (membaca mantera dll); ~ berhala menyembah berhala; istiadat ~ pantai istiadat dlm perayaan pantai di Kelantan; 2. = memuja-muja mempermulia-muliakan sangat, memperdewa-dewakan, menyanjung­nyanjung, mencintai (menyukai) sangat: hati wanita memang suka diistimewakan dan dipuja; ~ dunia memuliakan atau menyan­jung-nyanjungkan perkara-perkara dunia (wang, perempuan, dll) dgn melupakan akhirat (agama); ~-muji memuja-muja; 3. Jw sl menjadikan sesuatu dgn membaca mantera (cipta); pujaan 1. sesuatu (orang dll) yg dipuja(-puja): penyanyi (penari dll) ~; ~ hati buah hati, kekasih; 2. sesuatu yg dipakai atau dilakukan utk (ketika) memuja: api ~; dupa ~; tarian ~; 3. = pemujaan; 4. Jw, sl yg dijadikan dgn mantera, yg dipuja: panah ~; puja-pujaan sesuatu yg dipuja-puja: mereka tidak perlu kpd ~; pemujaan 1. penghormatan kpd dewa-dewa (berhala dll), pujaan: sesungguhnya arak, judi, dan ~ berhala adalah perbuatan yg berunsurkan syaitan; 2. tempat memuja (kuil dll); pemuja orang yg memuja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ja] | ڤوجا

Definisi : ; memuja 1 menghormati dewa-dewa dll dgn mengadakan upacara tertentu: Ada kaum kafir yg ~ berhala dan ada pula yg ~ matahari. 2 membaca mantera atau jampi utk mendapatkan sesuatu: ~ buaya membaca mantera supaya buaya dpt dikuasai. 3 memuliakan atau menghormati sesuatu berlebih-lebihan; menyanjung; mencintai: ~ wang terlalu sangat mementingkan wang. pujaan sesuatu yg dipuja: gadis ~ gadis yg amat dicintai; penyanyi ~ penyanyi yg disukai ramai. pemujaan 1 hal atau perbuatan memuja. 2 tempat memuja (spt kuil). pemuja orang yg memuja: ~ berhala; ~ matahari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puja
Kata Terbitan : memuja, memuja-muja, pemujaan, pemuja,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Suratman puja isteri melalui puisiJamudin IdrisBerita Minggu14.11.1993
Upacara puja umur maharaja pekakaMahmud AhmadMingguan Malaysia24.11.1974
Tradisi puja padi diabadi dalam tariOthman BongsuBerita Harian27.04.1981
Bunga Ku Puja Dipetik OrangHarahap, DarwisBerita Harian21.05.1984
Lelaki Kita Puja ItuNoraini HassanBerita Harian26.04.2000
Dr Abdul Latiff puja seni MelayuFuad Hadinata YaacobMetro Ahad23.07.2005
Hari Lahir Yang Di Puja,Hari Mati Yang MenantiZam IsmailUtusan Zaman01.01.1964
Benarkah Dia Yang Pernah Ku Puja?Penulis MudaBerita Minggu28.12.1969
Kesenian-kesenian tradisional Kelantan di Pesta Puja KampungYahya AhmadUtusan Malaysia06.04.1975
Penyanyi2 pop Melayu terpaksa lakukan plagiat kerana mahu lekasdi-pujaA. Rahman HassanUtusan Malaysia29.02.1972

Kembali ke atas