Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.kau] | ڤوکاو

Definisi : sj tepung (drpd biji kecubung dll) atau jampi serapah (tangkal dsb) yg digunakan utk memabukkan orang atau membuat orang tidur lelap; kena ~ a) ki hilang akal, tidak dapat berkata (berbuat) apa-apa, bingung, terdiam; b) dipukau (oleh pencuri); memukau 1. mengenakan (membubuh) pu­kau; 2. ki memperdaya, mengakali, menipu; 3. memikat hati, mempesonakan, mengagum­kan: kerajinan serta ketekunan orang Jepun membangunkan negara mereka ~ seluruh dunia; terpukau 1. tertidur (mabuk) kerana kena pukau; 2. ki terpedaya, tertipu; 3. terpesona, terpikat (hati): ribuan penonton ~ oleh persembahan yg agak luar biasa itu; pukauan hasil perbuatan atau usaha memu­kau: dia membaca sedikit mantera utk menyedarkan anaknya drpd ~ itu; pemukau orang yg mengenakan pukau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.kau] | ڤوکاو

Definisi : 1 ubat yg dibuat drpd biji kecubung dll utk memabukkan atau utk menjadikan orang tidur nyenyak. 2 jampi yg dpt membuat orang lupa atau tidak sedar akan keadaan yg sebenarnya. memukau 1 mengenakan atau membubuh pukau. 2 ki memperdaya orang lain; menipu. terpukau 1 kena pukau. 2 ki terpedaya; tertipu. 3 ki terpesona oleh sesuatu atau seseorang yg sangat menarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pukau (kata nama)
Bersinonim dengan bahan jampi, bahan serapah, ubat guna-guna;,
Kata Terbitan : memukau, terpukau,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Pukau ZambongaRuhaini MatdarinNew Sabah Times06.01.2008
Pukau ZamboangaRuhaini MatdarinNew Sabah Times06.01.2008
Aladdin pukau Istana BudayaNorhadiani BaharomHarian Metro23.11.2007
Daya pukau dalam metaforaWahid KasranUtusan Malaysia29.06.1995
Daya pukau dalam metaforaWahid KasranUtusan Malaysia29.06.1995
Daya pukau dalam metaforaWahid KasranUtusan Malaysia29.06.1995
UTM pukau lebih 1,000 pelajarSalbiah AniBerita Harian (Sastera dan Budaya)02.09.2004
PTGtM 2 Pukau penonton di Istana BuadayaAni AwangUtusan Malaysia14.08.2006
Keindahan senibina pukau orang asingMohd. Noh Haji OthmanBerita Minggu14.12.1986
Khalid Salleh pukau penontonFadzil Haji AbdullahBerita Minggu24.12.1989
123

Kembali ke atas