Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.la] | ڤولا

Definisi : 1. sekali lagi, berulang lagi, datang lagi, kembali lagi: kelmarin sudah tidak hadir, hari ini tidak hadir ~; nampaknya saya ini dicalonkan ~; 2. = lagi ~ lebih-lebih lagi, tam­bahan lagi: memang ia mempunyai kelayakan, lagi ~ ia seorang yg sangat suka berkhidmat; istimewa ~ lebih-lebih lagi; 3. juga (sama halnya dgn yg terdahulu): saya pun demikian ~; saya ~ yg menyokongnya; 4. gerangan, konon (yg bererti tah): apa ~ yg mengganggui fikirannya itu?; apa ~ ertinya hidup seorang yg telah putus harapannya? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.la] | ڤولا

Definisi : 1 agaknya; gerangan: Siapa ~ yg datang malam-malam begini? 2 berulang lagi; sekali lagi: Pagi tadi sudah datang, sekarang datang ~. 3 juga: Ada ~ orang yg menyokongnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pula (kata tugas)
Bersinonim dengan jua, pun, juga.,

Puisi
 

Hendak berumah berumah pula,
     Rumah saya di tengah huma;
Hendak bermaaf bermaaf pula,
     Maaf seorang maaf semua.


Lihat selanjutnya...(132)
Peribahasa

Sudah hamba diperhamba pula.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah dieban, dihela pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, f. Terjatuh dihimpit janjang).

 

Lihat selanjutnya...(122)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Terengganu pula jadi sasaran skandal tanahPak SakoUtusan Zaman08.10.1978
Pas pula tonjol kuasaSubky LatifWatan15.02.1983
Bila pula koperasi penulis nasional nak wujud?AjikikHarian Nasional16.09.1984
Garisan pula lahir di PerlisNur S. Biedyn BeseriMingguan Timur16.05.1976
Aktif pula akan muncul di IbukotaTiadaMingguan Malaysia23.10.1972
Pengkritik pula kena kritikAhmad J. HusseinBerita Minggu23.07.1983
3PSK pula sokong ucapan Ismail HusseinTiadaUtusan Malaysia20.02.1975
3PSK pula sokong ucapan Ismail HusseinTiadaUtusan Malaysia20.02.1975
Diplomat pula jadi sasaranTiadaWatan09.05.1980
Kenapa pula "Di Penjuru Matamu" tak sesuai sebagai buku teks?Abdullah TahirBerita Harian18.06.1975
123456789

Kembali ke atas