Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.jah] | راجه

Definisi : 1. tulisan (gambaran, suratan, tanda-tanda, dll) yg dibuat sbg azimat (ubat peng­halau hantu dll); 2. garis-garis pd tapak tangan, suratan tangan; 3. coreng-coreng pd tubuh yg dibuat dgn barang tajam dll, cacahan; 4. gambar dgn garis-garis, bagan; merajah 1. membuat rajah (dgn kapur dll) sbg mengubat orang sakit dll; 2. mencoreng (badan), mencacah; 3. sl merodok, menusuk dgn tombak (lembing dll): dirajahnya dgn tombaknya; merajahkan membuat rajah sesuatu, melukis sesuatu dgn rajah: rajahkan sebuah bilik rehat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.jah] | راجه

Definisi : ; ~ bangun sj tumbuhan (herba), kerencong, setawar padang, tumbuh daun, Bryophyllum pinnatum (calcynum); ~ kayu a) sj tumbuhan (pokok), dulang, tengguli, Cassiafistula; b) sj tumbuhan (herba), juang-juang, jenjuang, lenjuang bukit, tapak leman, tapuh, Dracaena congesta; c) sj tumbuhan (pokok renek), Dracaena porteri (congesta). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.jah] | راجه

Definisi : 3 menikam dgn benda-benda tajam (spt tombak). merajahkan melukis sesuatu dlm bentuk rajah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra.jah] | راجه

Definisi : 1 tulisan atau gambaran yg di­gunakan sbg azimat. 2 garis-garis pd tapak tangan. 3 coreng(-coreng) pd tubuh yg dibuat dgn benda tajam; cacah. 4 gambar dgn garis(-garis) utk me­nerangkan sesuatu. merajah 1 membuat rajah utk mengubati orang sakit. 2 mencoreng tubuh; mencacah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rajah (kata nama)
Bersinonim dengan gambar, gambar rajah, graf, ilustrasi, lukisan, bagan, lakaran, pelan;,
Kata Terbitan : merajah, merajahkan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Rajah CourtFauzi Amir GusBerita Minggu (Sastera dan Budaya)03.09.2000
Gambar rajah - Pemain alat muzik tradisional 'sape'TiadaUtusan Sarawak20.02.2009
Cicit Rajah Charles Brooke puji kemajuan SarawakHaini DaraniUtusan Sarawak30.07.2008
Taib lancarkan buku 'Rajah Brooke's Borneo'TiadaUtusan Malaysia02.07.1988
'Dictionary cannot list every word'Devid RajahThe Star07.08.2003
Group angered by degrading metaphors in dictionaryDevid RajahThe Star06.08.2003

Kembali ke atas