Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ran.ca/] | رانچق

Definisi : 1. Mn bagus, baik, cantik, elok, molek; ~ di lebuh suka berpakaian yg bagus-bagus (cantik), pesolek; 2. cepat dan riang (irama muzik, rentak tarian, dll): Masri suka menyanyikan lagu-lagu ~; murai melagukan irama ria dan ~ memanggil petani bekerja; 3. aktif, bersungguh-sungguh, giat, tangkas: dia berjalan dgn ~ menghala ke kampung­nya; persatuan itu sekarang sedang ~ dan bersungguh-sungguh menjalankan projek membantu pelajar-pelajar miskin; degup jantungnya bertambah ~; kedengaran suara tembakan yg ~ dr suatu arah; perjuangan begitu ~, begitu tangkas; merancak menjadi rancak: perlumbaan senjata yg semakin ~; merancakkan menjadikan rancak: banyak rancangan yg diatur utk ~ kerjasama antara kedua-dua buah negara; kerancakan perihal rancak; kerancak-rancakan sombong kerana cantik­­nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.ca/] | رانچق

Definisi : Jw; merancak menetak(-netak), memenggal(-menggal), mengerat(-ngerat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.ca/] | رانچق

Definisi : Jw; serancak seperangkat gamelan; rancakan sj alat gamelan (sj para-para yg dibuat drpd kayu utk menaruh bonang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.ca/] | رانچق

Definisi : 1 cepat dan riang (bkn irama muzik, rentak tarian dll). 2 sungguh-sungguh; giat; aktif: Projek pembinaan jalan raya itu sedang ~ diusahakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rancak (adjektif, adv)
Bersinonim dengan aktif, giat, tangkas, cergas, pantas, ligat, laju, cepat;,
Kata Terbitan : merancakkan, kerancakan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
"Rancak Di Labuh"Keris MasMingguan Malaysia23.06.1985
"Rancak Di Labuh"Keris MasUtusan Zaman23.06.1985
Kebudayaan rancak diperkata selepas Perang Dunia KeduaAsmadBerita Harian01.01.1982
Soviet rancak terjemah karya2 penulis terkenal MalaysiaBenama-APNBerita Harian06.08.1975
Kegiatan seni rancak di kampus universitiZurina HassanBerita Harian28.10.1972
2PNP semakin rancakDarwis HarahapBerita Minggu20.09.1981
Kegiatan sastera rancak bulan AprilIlias ZaidiUtusan Zaman12.02.1984
Program jawi rancak di SelangorPak MatlobBerita Minggu20.06.2004
Teater makin rancakHartati Hasan BasriMetro Ahad10.09.2000
Kebebasan penulis cerpen rancak dibincang dalam simposiumTiadaBerita Harian22.04.1981
123

Kembali ke atas