Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.dup] | ردوڤ

Definisi : 1. berawan (langit), tidak terang (cuaca), mendung: hari pun ~, tiadalah tampak akan cahaya matahari; 2. agak gelap kerana dilindungi awan, tidak panas terik: matahari ~; 3. berasa panas (kerana cuaca mendung); 4. ki kurang cahayanya, suram (mata, wajah, dll), kurang terang atau hampir padam (nyala api); 5. berkurang, merosot (kemegahan, kemuliaan, dll); 6. mulai berhenti, tenang kembali, reda (angin, hujan, kasih, dll): ribut itu pun ~; 7. sayup-sayup (bunyi-bunyi): gemercik air sayup-sayup dan desau angin ~; 8. tidak gembira, susah hati (perasaan dll): ia menyahut dgn ~; ~-~ alang = ~-~ bahasa agak redup (gelap, suram) sedikit; meredup menjadi redup (tidak terang); meredupkan menjadikan redup, menyuram­kan, dll; keredupan perihal redup: ~ petang me­nambahkan kesunyian di ladang itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.dup] | ردوڤ

Definisi : 1 tidak terang (bkn cuaca); berawan (langit); agak mendung: Hari ini ~. 2 kurang cahayanya; suram (bkn mata, wajah dll). meredup menjadi redup: Wajahnya kian ~. meredupkan menjadikan atau menyebabkan redup. keredupan keadaan redup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
redup
Rujuk :teduh

Puisi
 

Hari redup menyemai padi,
     Wak Dolah menanam jagung;
Kalau hidup tidak berbudi,
     Duduk salah berdiri canggung.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Hari ini patutlah redup (= panas keras).

Bermaksud :

Mengharapkan sesuatu keuntungan; sangkaan yang tidak baik.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Redup Sepanjang HariAhmad Kassim EndutUtusan Zaman20.08.1967
Redup, Janganlah WujudElla Hj. Mohd. NoorBorneo Mail03.06.1994
Redup Petang Ku Tebarkan Rindu IniMustaffa AhmadBacaria21.03.1987
Redup WajahmuAl-HisyamBacaria12.06.1993
RedupJamaludin DBerita Minggu (Sastera dan Budaya)08.04.2001
Pagi RedupAhmad J. HusinBerita Minggu11.04.1982
Wajah redup itu datang lagi (Semakin Dekat)Aminah MokhtarUtusan Malaysia03.02.2004
Hari Yang RedupKhadijah HashimBerita Minggu22.02.1981
Pagi Kian RedupFatimah BusuBerita Minggu24.03.1974
Pagi Kian RedupFatimah BusuBerita Minggu24.03.1974
12

Kembali ke atas