Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ren.tas] | رنتس

Definisi : lintang; garis(an) ~ garis(an) yg melintang; keratan ~ keratan yg melintang; merentas 1. meretas, membuka, me­mutus­kan: kena balung ayam kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; 2. melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), me­min­tas, melintasi, menjalani: jalan raya yg ~ negeri itu sangat banyak; kita ~ padang yg penuh dgn lalang; berlari ~ desa; 3. me­rintis; ~ jalan a) merintis (membuka) jalan; b) me­mintas jalan; 4. ki mencakup atau me­rangkumi: bahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu; rentasan garisan dll yg merentas: nilaian n dapat diperoleh dr ~ graf pd paksi melintang dan ~ graf pd paksi tegak; salah satu cara yg mudah sekali utk menggambarkan kontur ialah dgn melukis ~; perentas (Mat) garisan lurus yg memotong dua atau lebih garisan lurus; ® retas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.tas] | رنتس

Definisi : ; merentas 1 melalui atau menempuh jalan yg terdekat; memintas; melintasi: Mereka berlari ~ desa. Dia ~ padang yg penuh dgn lalang. 2 membersihkan hutan utk membuat jalan; merintis: ~ jalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rentas
Kata Terbitan : merentasi,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Gelegak rentas sempadan baruA. Rahim AbdullahBerita Minggu10.09.1995
Kembara rentas belantaraRashidah IbrahimBerita Harian (Berita Pelajar)01.11.1992
Puisi rentas sempadan darjat insanKhalid SallehBerita Harian (Persada Seni)10.04.2001
Teks sastera rentas genreNazmi YaakubBerita Harian07.05.2009

Kembali ke atas