Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.to.rik] | ريتوريک

Definisi : (rétorik) 1. (Lin) kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dlm pe­nulisan atau pertuturan; 2. seni meng­gunakan atau memakai bahasa yg indah dan menarik utk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato; 3. pertuturan atau tulisan yg menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk utk mem­pengaruhi pemikiran pen­dengar; 4. berkaitan dgn, penuh dgn atau menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk utk mempengaruhi pe­mikiran pendengar: kita tidak boleh terlalu ~ hingga hilang pegangan dan hanya ber­cakap tentang cabang tanpa menyedari pokok sebenarnya sudah reput; dia me­nyifatkan ucapan belanjawan itu penuh isi dan tidak ~ selain bahasa mudah yg di­gunakan; soalan ~; beretorik berpidato, berbicara dsb dgn meng­gunakan bahasa yg muluk-muluk (tetapi biasanya tidak didasari keikhlasan yg sungguh-sungguh) yg bertujuan utk menarik perhatian serta mempengaruhi pemikiran pendengar: pertubuhan tersebut tidak lagi boleh bergerak secara sambil lewa dan banyak ~; kita tidak perlu ~ dgn teori ekonomi yg muluk-muluk yg langsung tidak difahami oleh rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.to.rik] | ريتوريک

Definisi : /rétorik/ 1 seni menggunakan bahasa yg indah dan menarik utk me­mujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar; seni berpidato. 2 bahasa yg dibuat-buat atau dibesar-besarkan (yg indah dan muluk-muluk). 3 penuh dgn bahasa atau kata yg indah dan muluk utk mempengaruhi pemikiran pendengar: Beliau terlalu ~ dlm menyampaikan ceramahnya. beretorik berbicara atau berpidato dgn menggunakan bahasa yg retorik: Kita tidak perlu ~ dgn pelbagai teori hingga orang tidak memahami isu yg diperkatakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata retorik


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Retorik (ii)Ramli Abdul HalimSiasah18.05.2008
Retorik bahasa dalam puisi prosaDaniel Jebon JanaunBorneo Mail30.11.1997
Retorik dalam bahasa MelayuTiadaBerita Harian28.09.1992
Retorik dalam bahasa MelayuTiadaBerita Harian10.09.1992
Retorik bahasaMarzukhi Nyak AbdullahBerita Harian12.10.1992
Retorik dalam kesusasteraanAminuddin MansorUtusan Melayu (Mingguan)27.12.2003
Retorik GlobalisasiWB RendraBerita Minggu12.06.2005
RetorikRamli Abdul HalimMingguan Malaysia03.04.2005
Asas retorik untuk pelajar dan guruAdik DinUtusan Sarawak15.10.2008
Henti retorik, ubah sikapMohamad Sofee RazakHarian Metro30.05.2007
123

Kembali ke atas