Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.ze.ki] | رزقي

Definisi : Ar 1. segala sesuatu yg dikurniakan oleh Allah utk keperluan rohani dan jasmani, mis makanan, ilmu dsb; ada nyawa (umur) ada ~ selama masih hidup tentu mendapat makanan; itu bukan ~ saya itu bukan utk saya (makanan dll); memberi ~ a) memberi makanan (nafkah); b) membawa keuntungan (kemujuran); 2. ki pendapatan, penghasilan, pencarian (wang dll utk sara hidup); ke­hilangan ~ kehilangan mata pencarian; men­cari ~ mencari makan, mencari peng­hidupan (dgn berusaha dll); mendapat ~ a) mendapat makanan (penghidupan dll); b) mendapat untung (laba), mujur; putus ~ kehilangan pencarian; 3. peluang utk beroleh makanan dll, keuntungan, perolehan; bukan ~ bukan habuan (untung) seseorang; dekat ~nya cepat (mudah) mendapat untung; jauh ~nya sulit (susah) mencari untung; kalau ada ~ kalau ada wang (habuan, kemudahan, untung); mudah-mudahan dimurahkan ~nya mudah-mudahan banyak (mudah) mendapat ke­un­tung­­an dll; naik ~nya semakin bertambah ke­untungannya; orang makan gaji, umur pan­jang ~ beragakkan Mn orang makan gaji, umur panjang tetapi perolehannya terhad; pembahagian ~ pembahagian keuntungan dll; perebutan ~ perebutan keuntungan dll; ~ batin sesuatu yg berfaedah utk batin, makanan rohani (jiwa); ~ harimau ki sewaktu ada makanan banyak dan berjenis-jenis; ~ jangan ditolak untung jangan dibuang (dibiarkan terlepas); ~ mahal susah mencari penghidupan, jarang mendapat keuntungan; ~ mata sesuatu yg sedap dipandang; ~nya meninggi mendapat keuntungan tidak dgn bersusah payah; ~ merendah semua yg di­usahakannya itu menguntungkannya; ~ murah selalu mendapat keuntungan tidak dgn bersusah payah; ~ yg halal pendapatan dll yg halal (bukan dgn penipuan dll); ~ elang tak akan dapat (dimakan) oleh musang (burung pipit) prb semua orang ada kemujurannya masing-masing, keuntungan seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain; merezekikan memberikan rezeki: mereka tidak direzekikan dgn gugur syahid di medan jihad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.ze.ki] | رزقي

Definisi : segala sesuatu yg diperlukan utk hidup; makanan atau segala yg diperlukan sehari-hari; nafkah: Mudah-mudahan Tuhan memurahkan ~ kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rezeki (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan nafkah, mata pencarian, periuk nasi, pendapatan, perolehan gaji, upah keuntungan, laba, elaun, komisen, dividen, bonus, ganjaran, hasil, panen.,

Puisi
 

Anak Cina bermain ceki,
     Baju dibuka tinggal seluar;
Kalau sudah bukan rezeki,
     Di dalam mulut lari keluar.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Ada nyawa ada rezeki.

Bermaksud :

Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada umur ada rezeki).

 

Lihat selanjutnya...(22)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Rezeki selepas banjirTiadaUtusan Sarawak13.02.2009
Rezeki menulis Mimie AfinieNurul Huda KosnonBerita Harian21.06.2008
RezekiAzhar Mohd SallehMingguan Perdana20.04.2008
Rezeki pengantin baru (Bukan Yang Pertama)Salina IbrahimUtusan Malaysia26.11.2007
Rezeki RM10,000 hasil cipta logoTiadaKosmo06.03.2007
Rezeki secupak (Kelmarin yang Hilang)Iman Al-HakimUtusan Malaysia17.07.2006
Rezeki orang berniaga (Kelmarin Yang Hilang)Iman Al-HakimUtusan Malaysia22.08.2006
RezekiHidayat AMMingguan Malaysia18.02.1996
RezekiT. Badaruddin Ab. KadirBorneo Buletin01.05.1982
Rezeki Angka EmpatAsia lawangBorneo Mail10.11.1996
123456

Kembali ke atas