Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.ko/] | روکوق

Definisi : tembakau yg digulung dlm daun nipah (kertas dll): menghisap ~; ~ daun = ~ nipah = ~ pucuk rokok yg pem­balutnya drpd pucuk enau; ~ keretek Id rokok yg tembakaunya dibubuh cengkih; daun ~ pucuk nipah yg dikeringkan utk pembalut rokok; duit (wang) ~ duit sirih, pemberian, upah; merokok menghisap rokok: ia seorang yg tidak ~ dan tidak minum minuman keras; perokok (orang yg) banyak atau kuat meng­hisap rokok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.ko/] | روکوق

Definisi : sj ikan laut, Pomadasys maculatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.ko/] | روکوق

Definisi : tembakau yg digulung dlm kertas dll: Dia tidak menghisap ~. ~ daun rokok yg pembalutnya dibuat drpd pucuk nipah dsb. ~ keretek rokok yg tembakaunya dicampur cengkih dll. merokok menghisap rokok: Orang ramai dilarang ~ di dlm panggung wayang. perokok orang yg banyak menghisap rokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rokok

Puisi
 

Hisap rokok di atas batu,
     Keluar di hidung asap apinya;
Jalak berkokok biring tak tahu,
     Tedung pula jaga dirinya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Menguap-nguap bagai ikan kekeringan.

Bermaksud :

Sangat ketagih (minuman, candu, rokok dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Rokok dan isu kertasRedy Jeffry Mohamad RamliUtusan Malaysia22.09.1995
RokokIsmail RestuBerita Minggu03.08.1997
RokokTiadaSuara Merdeka20.03.1977
Rokok SekotakAhmad MahmudWatan13.07.1979
Rokok KoaNoraMingguan Timur09.10.1983
Rokok, bahaya yang disukai manusiaMohd. Nor JusohHarakah26.06.1992
Rokok, bahaya yang disukai manusiaMohd. Nor JusohHarakah22.06.1992
RokokJesmin GodiumSabah Times01.01.1992
RokokJesmin GodiumSabah Times01.05.1992
Sebatang Rokok dan Seorang ManusiaSyed Shafie M. HMingguan Timur22.01.1987
12

Kembali ke atas