Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.mit] | روميت

Definisi : Mn tidak mudah, sukar, sulit, susah: kami menghadapi persoalan beras yg ~; kalau jadi begitu, ~ pula hidup mereka anak-beranak kerana tiada pekerjaan; dlm ~ sedang hamil; merumitkan menyukarkan, menyulitkan, me­­nyusahkan: kalau dirinya sakit, keadaan lebih ~ lagi, dia tidak dapat pergi ke laut; perkara cadangan di luar negeri itu akan ~ per­­jalanan Bank Negara; kerumitan perihal rumit, kesukaran, ke­sulitan, kesusahan: ~ yg besar kpd pekedai ialah memungut hutang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.mit] | روميت

Definisi : tidak mudah; susah; sukar; sulit: Mereka tidak dpt menyelesaikan masalah yg ~ itu. merumitkan menjadikan rumit; menyusahkan; menyukarkan. kerumitan keadaan atau hal rumit; kesukaran; kesusahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rumit (adjektif)
Bersinonim dengan sukar, susah, payah, sulit, kompleks, rencam, leceh, ruwat, remeh, runyam;,
Kata Terbitan : merumitkan, kerumitan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Rumit tetapi indahSyazwan ZakariahKosmo11.04.2006
Seni cetakan rumitShaidah ShafieBerita Harian06.01.2007
Pementasan novel Salina rumit, kata Johan JaafarKu MustafaBerita Harian06.08.1986
Banyak perkara yang rumitJuma'noh Abd. BungaMingguan Malaysia07.10.1973
Membendung politik wang perkara rumitA. Samad IsmailBerita Harian14.10.1995
DBP akui cabaran makin rumitSalbiah AniBerita Harian15.05.1996
Pelantikan MB baru Selangor tidak rumitA. Samad IsmailBerita Harian26.04.1997
Jalan keluar mudah tapi perlaksanaan rumitAinon MuhammadMingguan Malaysia04.03.1973
Kerja menyelenggara edisi manuskrip manuskrip Melayu rumitDing Choo MingUtusan Zaman13.08.2000
Pendidikan pra-sekolah sistem yang amat rumitTiadaBerita Harian08.12.1981
12

Kembali ke atas