Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ma] | سام

Definisi : 1 tidak ada bezanya; serupa saja: Dua kali lima ~ dgn lima kali dua. 2 ikut serta; tidak terpisah dr yg lain: Mereka duduk berkelompok-kelompok, perempuan ~ perempuan dan lelaki ~ lelaki. 3 sesuai benar atau cocok benar keadaannya dll; seimbang: Taraf kita tidak ~ dgn taraf mereka. ~ ada adakah; mungkinkah. ~ dgn a. serupa dgn. b. tanda = (dlm matematik). ~ rata a. ratanya sekata. b. banyaknya sama. ~ saja tidak ada bezanya. ~ sekali semuanya; seluruhnya. ~ sendiri antara mereka sendiri. ~ ukur sama ukurannya (bentuknya dll); simetri. sama-sama 1 pd waktu yg sama (melakukan sesuatu); dlm keadaan yg sama: Mereka ~ membantu menyiapkan projek itu. Dua sahabat itu ~ lemah utk memberikan bantuan. 2 semuanya sekali; kesemuanya: Dlm hal ini, mereka ~ bersalah. 3 kata yg diucapkan sbg membalas ucapan terima kasih drpd orang lain. bersama 1 me­lakukan se­suatu pd waktu yg sama; berserta: Mereka ~ meneruskan usaha itu. 2 tidak ada kecualinya; seluruhnya utk semua: Harta ini milik kita ~. 3 seiring; berserta: ~ dgn borang ini, saya kepilkan sekeping gambar. bersamaan 1 berlaku pd waktu yg sama; bertepatan dgn: Awal Ramadan telah jatuh pd hari Khamis ~ 21 Oktober. 2 sama atau hampir sama keadaannya, halnya dll; serupa: Isi tempat-tempat kosong dgn perkataan-perkataan yg ~ ertinya dgn perkataan yg diberikan. 3 berimbang (dgn); berbanding (dgn): 1 batu ~ dgn 1.6 kilometer. menyamai sama dgn; serupa dgn: Tidak ada kuasa yg ~ kuasa Allah. menyamakan 1 membuat jadi sama; tidak membeza-bezakan: Kerajaan patut ~ penggunaan buku teks di sekolah-sekolah. 2 menganggap sama; memandang sama: Kita tidak boleh ~ manusia dgn jentera. kesamaan keadaan atau hal sama: Undang-undang negara kita menjamin ~ hak bagi semua rakyat. persamaan 1 sesuatu yg sama: Ter­dapat ~ antara kedua-dua lelaki itu. 2 pernyataan yg sama antara dua rangkai angka yg dipisahkan oleh tanda sama dgn (=) spt 5x + y = 7. ~ serentak persamaan yg diselesaikan secara serentak. penyamaan perbuatan (hal dsb) menyamai atau menyamakan. sesama sama-sama (dlm kumpulan, golongan): Kita hendaklah berbuat baik ~ manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sama

Puisi
 

Jangan tuan mengail tenggiri,
     Sama-sama mengail sembilang;
Jangan tuan menghina diri,
     Sama-sama dagang terbuang.


Lihat selanjutnya...(201)
Peribahasa

Hati gajah sama dilapah,
     hati kuman (= tuma) sama dicecah.

Bermaksud :

Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sama, sama-sama, bersamaNik Safiah KarimBerita Harian01.04.2002
Kedua-duanya sama penting, sama-sama disayangiWahbaUtusan Zaman21.06.1981
Sama-sama selesaikan masalah ekonomiJohan JaaffarBerita Harian01.03.2009
Sama-sama meriahkan Hari MuziumTiadaKosmo11.04.2007
Mochtar & Diah sama-sama perih - tetap sepakat untuk tidak sepakatTiadaSinar Harapan26.08.1971
Melayu digesa sama-sama berkorban kembalikan kegemilangan tulisan jawiTiadaUtusan Melayu14.09.1988
Masyarakat digesa sama-sama kembalikan kegemilangan tulisan jawiTiadaUtusan Malaysia14.05.1988
Betulkan kesilapan, sama-sama majukan karyawan PkMohd Nordin AbdullahUtusan Melayu24.10.2004
Kritikan sastera Melayu dan barat sama-sama tak nakkan masalah moralrakyatAmi MasraUtusan Zaman06.08.1989
Sama Dicecah Sama DirasaZulkifli PutehMetro Ahad23.05.2004
12345678910...

Kembali ke atas