Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sang.kal] | ساڠکل

Definisi : bantah: “Tidak, itu tidak benar sama sekali,” ~nya; bersangkal 1. tidak menurut atau mengikut (perintah dll), mengabaikan (pekerjaan, tugas, dll): mengapa maka engkau ~ pula akan pekerjaanmu itu? 2. tidak mengaku, berdalih, berdusta: walaupun bukti-buktinya sudah nyata, tetapi dia tetap juga ~ di hadapan tuan hakim; menyangkal 1. tidak mengakui (kebenaran, kenyataan, dll), tidak mengiakan: pegawai itu telah ~ berita yg mengatakan ia akan berhenti; 2. membantah, melawan, me­nentang, menolak, menyanggah: selama ini tulisan-tulisan orientalis Barat tidak pernah disangkal orang; sangkalan bantahan, sanggahan: kerana tidak adanya ~ secara ilmiah, maka kita mengikut sahaja apa yg dilakukan oleh mereka; penyangkalan perihal menyangkal (mem­bantah dll), penafian; penyangkal orang yg menyangkal; ~ Allah orang yg tidak mengakui akan wujudnya Allah (orang yg kufur). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sang.kal] | ساڠکل

Definisi : ; menyangkal 1 tidak menga­kui kebenaran sesuatu; menyatakan bahawa sesuatu itu tidak benar: Beliau telah ~ segala tuduhan yg dilemparkan kpdnya itu. 2 tidak menurut; me­nen­tang; melawan: Kita janganlah ~ perintah Tuhan. sangkalan kata-kata, perlaku­an dsb utk menyangkal; bantahan: ~ yg dibuat berdasarkan kajian­nya. penyangkalan perbuatan atau hal menyangkal. penyangkal orang atau pihak yg menyangkal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sangkal
Kata Terbitan : menyangkal, sangkalan, penyangkalan, penyangkal,

Peribahasa

Mengereng-ereng bagai sangkal makan.

Bermaksud :

Marah yang amat sangat. ereng = miring; sangkal = mata bajak.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sangkal dakwaan DPMP lembabTiadaHarian Nasional01.08.1984
Samad sangkal dakwaan tak berminat menulis karya berunsur IslamTiadaUtusan Melayu20.10.1986
Collins sangkal dakwaan LeeSalbiah AniBerita Harian06.02.1997
Anwar sangkal dakwaan buku bahasa Malaysia kurangTiadaUtusan Malaysia05.08.1989
Shahnon sangkal pendapat pengkritikTiadaBerita Minggu16.02.1992
Penerbit sangkal dakwaan tidak penuhi tanggungjawab sosialTiadaMingguan Malaysia07.10.1984
Ayu Utami sangkal kehebatan novel Ayat-Ayat CintaIrdawati HamzahBerita Harian24.12.2008
Pemenang Nobel sangkal 11 Sept. paling ganasTiadaKosmo22.10.2007
Prof. Taib sangkal tuduh orang2 Melayu tidak mempunyai tradisi sendiriTiadaUtusan Melayu26.04.1972
Pengedar buku sangkal potong diskaunTiadaBerita Harian31.12.1980
12

Kembali ke atas