Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak lebih dan tidak kurang, biasa, pertengahan, sedang: badannya ~, tidak tinggi dan tidak rendah; pakaiannya yg ~; 2. tidak banyak selok-beloknya, tidak rumit, tidak sulit, mudah: buat satu ayat yg ~; dia menjelaskannya dgn kata-kata yg ~; menyederhanakan menjadikan sederhana (sedang, mudah, pertengahan, dll): kerajaan hendak ~ sistem pelajaran; kesederhanaan perihal sederhana (sedang, pertengahan): suasana kampung yg harmonis digambarkan oleh Othman dgn penuh ~; penyederhanaan perbuatan menyeder­hana­­-kan: Ejaan Suwandi merupakan ~ dan pe­nyem­­purnaan terhadap Ejaan van Ophuy­sen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak lebih dan tidak pula kurang; pertengahan saja; se­dang: Pakai­annya ~ sekali. 2 tidak ba­nyak selok-be­loknya; tidak sulit; mudah: Gunakan­lah ayat-ayat yg ~ saja supaya mudah di­faha­mi orang. menye­derhanakan men­ja­dikan sederhana (tidak keterlaluan). kesederhanaan hal atau keadaan se­der­hana. penyederhanaan perbuat­an atau hal menyederhanakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sederhana (adjektif)
Bersinonim dengan biasa, tidak lebih tidak kurang, ugahari, bersahaja, sedang, pertengahan, tidak keterlaluan, berpatutan;,
Kata Terbitan : menyederhanakan, kesederhanaan,

Peribahasa

Melebihi ancak-ancak,
     mengurangi sia-sia.

Bermaksud :

Dalam melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah sederhana supaya selamat. ancak-ancak = tidak pedulikan baik buruknya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sederhana tapi tajam ...A. Ghani AbdullahHarian Nasional08.07.1984
Sederhana, pragmatik asas kekuatan MelayuSiti HatijaUtusan Malaysia24.09.1996
Sederhana tapi menarikKu Seman Ku HussainUtusan Malaysia01.09.1994
SederhanaChin Fook On @ RobertSabah Times14.09.1991
Isinya sederhana, aspek pertentangan tak begitu meluasSiow Yee WooBerita Harian02.09.1976
'Keramat' sederhana tetapi amat berkesanWisharaBerita Harian22.09.1983
Isinya sederhana, aspek pertentangan tak begitu meluasSiow Yee WooBerita Harian23.09.1976
Cinta sederhana dalam UstazSabima Abu BakarBerita Harian17.08.1991
Bersikap SederhanaOthman MatUtusan Zaman05.05.1985
Plotnya sederhana tekniknya suspensRamli IsinUtusan Zaman22.02.1981
123456

Kembali ke atas