Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.gan] | سݢن

Definisi : 1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas: mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu; 2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dll): ada sesetengah ibu yg berasa ~ kerana mengandung; tak ~ a) mahu, sudi, suka; b) tidak malu; c) tidak takut-takut; tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; ~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut; ~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan prb kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan; segan-segan malu-malu: janganlah ~, jem-putlah masuk; segan-menyegan saling berasa segan: rasa ~ antara jiran sebelah-menyebelah rumah masih menebal di kalangan masyarakat kita; menyegani berasa segan (hormat, malu, takut) kpd, memalui, menghormati serta menakuti: ia sangat disegani oleh teman-temannya; pahlawan perang dan anggota dewan per-wakilan rakyat yg disegani; segan-menyegani saling menghormati, malu-memalui, harga-menghargai (antara satu dgn lain); menyegankan berasa segan (hormat, malu, takut) akan: kalau begitu apalagi yg kakak segankan; keseganan 1. yg disegani (ditakutkan, di-malukan): tetapi ada anaknya yg mulia dan gagah ~ orang banyak; 2. perihal segan (malu, takut, malas, dll), keengganan, ke-malasan; penyegan orang yg segan (malas, malu, dll), pemalas, pemalu: dahulunya saya perawan yg pendiam lagi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.gan] | سݢن

Definisi : 1. sj burung, a) burung malas, Caprimulgus indicus; b) burung kubur, Caprimulgus macrurus; 2. sj burung, burung cucur, Batrachostomus auritus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.gan] | سݢن

Definisi : 1 tidak mahu atau tidak suka melakukan sesuatu; malas; enggan: Sesiapa yg ~ bekerja, tidak akan senang hidupnya. 2 = ~ silu berasa malu atau hormat: Mereka semua ~ kpd Pak Lebai itu. menyegani menaruh rasa segan kpd; berasa hormat atau takut kpd: Kami semua sangat-sangat ~ dia. penyegan 1 orang yg berperasaan segan; pemalu. 2 orang yg malas; pemalas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segan (adjektif)
1. Bersinonim dengan malas: lundung, kelesa, wegah, meleng, sungkan, celika, berat siku, berat tangan, berat tulang, ogah, ewa,
Berantonim dengan rajin

2. Bersinonim dengan malu: aib, silu, segok, wirang, bera, kanyor,
Berantonim dengan berani

Kata Terbitan : penyegan, disegani, menyegani, keseganan,

Puisi
 

Ke laut mengambil lokan,
     Burung tiung memanggil anak;
Janganlah malu janganlah segan,
     Samalah kita berdagang sanak.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Segan menggerak lingkar.

Bermaksud :

Terlalu malas.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Persoalan segan dan malu di kolokium saikologi MelayuKamaldin LelaUtusan Zaman05.04.1987
Seniman 'hidup segan mati tak mahu'MasronWatan01.02.1979
Ikatan Membakut hidup segan mati tak mahuTiadaSabah Times15.07.1981
Usah sombong dan segan mencari ilmuWan Azmi Wan IdrisBerita Harian02.10.1989
Hati Berdebar Tapi Segan MenyatakanAmiruddin AliWarta Perdana05.09.1993
Ketika teater hidup segan, mati tak mauSuriaji, Yos RizalRepublika12.03.1995
Teater di Brunei segan berkembangSariani HiMingguan Malaysia (Seni dan Sastera)24.12.2000
Dunia pereka Melayu ...hidup segan mati tak mahuMahani AwangUtusan Malaysia28.04.1997
Gapura Kuala Penyu 'hidup segan mati tak mahu'TiadaSabah Times06.06.1981
Teater di Brunei...hidup segan mati tak mahuSariani HiMingguan Malaysia (Seni dan Sastera)17.12.2000
12

Kembali ke atas