Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mu.la] | سمولا

Definisi : 1. yg dahulu, yg mula-mula, sediakala: orang sakit itu sudah sembuh spt ~; 2. yg paling awal, yg pertama sekali: pendapatnya sekarang ini berlainan dr ~; 3. (sejak) awal, (dr) mula sekali: sejak ~ dia tidak bersetuju; 4. diulang sekali lagi (dr mula), lagi sekali: sejurus kemudian ia merebahkan dirinya ~ di atas katil; 5. balik (spt sediakala), kembali (spt dahulu): perasaan marah dan geramnya telah sejuk ~; membebaskan bandar itu ~ drpd tangan musuh; ~ jadi yg diwarisi baka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mu.la] | سمولا

Definisi : 1 sekali lagi: Ia terpaksa menulis surat itu ~. 2 balik spt dahulu atau spt sedia kala; kembali spt yg mula-mula (keadaan, tempat dll): Badannya sudah sihat ~ selepas memakan ubat. 3 yg mula-mula; yg pertama sekali: Perangainya sekarang berbeza benar drpd ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,

Puisi
 

Mari kusayur dengan petola,
     Bunga lengkuas berangkai-rangkai;
Kalaulah diulang dari semula,
     Kekasih bertuah tak dapat dipakai.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Bunga layu kembang semula.

Bermaksud :

Orang tua yang bersolek seperti orang muda.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
SemulaShahril S.MHarian ekspres09.03.2008
Putri Dapat Semula Bajunya Dan Terbang Ke Angkasa SemulaAripin SaidUtusan Zaman18.12.1983
Pengkebumian semula keluarga Brooke menggamit nostalgiaMahathir Mohd HarounUtusan Borneo17.04.2008
Kajian semula PPSMI ambil kira pandangan pihak lainTiadaBerita Minggu10.05.2009
'Semak semula PPSMI'Salbiah AniBerita Harian26.03.2009
Definasi semula teks sastera tradisionalNazmi YaakubBerita Harian15.01.2009
Martabatkan semula bahasa MelayuAbdul Aziz Abdul RahmanBerita Harian29.12.2008
Tafsiran semula wayang U-WeiAbd. Aziz ItarUtusan Malaysia05.11.2008
Bincang semula papan tanda pelbagai bahasa-Harian Metro30.10.2008
Perkasa semula BM sebagai bahasa intelekKhairul Zain Mohd ShaariBerita Harian18.09.2008
12345678910...

Kembali ke atas