[se.we.nang.we.nang] | سونڠ-ونڠ
Definisi : , bersewenang-wenang 1. (membuat sesuatu) dgn sekehendak hati sahaja, dgn semahu-mahunya: kita tidak boleh membiarkan kaum bapa ~ sahaja bertindak terhadap kaum ibu; 2. bermaharajalela (melakukan sesuatu), kejam, zalim: tawanan mereka telah disakiti dgn cara yg kejam dan ~; 3. melakukan sesuatu tidak dgn teliti (dgn sembarangan sahaja, tidak dgn usul periksa): kata nasional yg digunakan dgn ~ itu sangatlah mengelirukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[se.we.nang.we.nang] | سونڠ-ونڠ
Definisi : 1 dgn sekehendak hati (membuat sesuatu): Ia bertindak ~ saja. 2 dgn kejam atau dgn zalim (melakukan sesuatu): Jangan menyeksa tawanan perang ~nya. 3 tidak dgn usul periksa lagi (melakukan sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)