Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sin.dir] | سيندير

Definisi : = sindiran perkataan dll yg digunakan utk mengatai (mengeji, mengejek, mencela) orang tidak dgn terus terang, kiasan: banyak­nya ~ kedengaran; mereka terdiam kerana mendengar percakapanku yg mengandungi sindiran itu; ~ kiasan = sindir-sindiran bermacam-macam sindir (sindiran): tiap-tiap kali balik dr situ, ada-ada sahaja pem­bawaannya, baik barang-barang mahupun ~ kiasan kpd Ramlah dan suaminya; menyindir mengatakan sesuatu (utk men­cela, mengejek, mengeji) tidak dgn terus terang: dia selalu ~ anak-anak dara yg mandi berkemban di situ; pukul anak sindir me­nantu prb mengata-ngatai orang tetapi per­kataan-perkataan itu ditujukan kpd orang lain; sindir-menyindir saling membalas sindiran, saling menyindir: mereka mengambil ke­sempatan utk ~ antara satu sama lain; tersindir (sudah) disindir (diejek): aku cukup berasa ~ oleh kata-kata Normah itu; penyindir orang yg (suka) menyindir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sin.dir] | سيندير

Definisi : , = sindiran perkataan yg di­ucapkan utk mengatai atau utk mengejek orang dgn cara tidak terus terang; ejekan yg tidak langsung. menyindir mengatakan sesuatu (utk mengejek atau utk mencela) dgn cara tidak terus terang; menggiat: Ketika bersama-sama di dlm bas, dia selalu ~ saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sindir
Kata Terbitan : menyindir, sindiran,

Puisi
 

Sayang dewa membuang dewi,
     Sedikit kapur banyak gambir;
Banyak bohong buat sendiri,
     Sedikit tutur banyak sindir.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bukan sindir sesiapa: mesej positif dalam Tujuh Drama Tujuh Duri, perkenal teater Melayu...Elrafaei SapiHarian Metro28.07.2008
Burok sindir tokoh politik MalaysiaSalbiah AniBerita Harian (Sastera dan Budaya)05.02.2002
Rahim sindir pengkritik banyak hina dari membinaTiadaMingguan Malaysia05.09.1982
DBP 'sindir' penerbit lain?Amiruddin AliUtusan Malaysia15.09.1994
Hatta sindir semacam dalam teater TaadaShaiful Anuar KhirudinWarta Perdana26.11.1995
Pulang sindir sikap MelayuTiadaWarta Perdana17.12.1995
Korporat sindir masyarakat tamakJenney JuanisBerita Harian14.06.1993
Affandi sindir birokratTiadaMingguan Bumi09.10.1982
Mahathir sindir sifat-sifat kenegerian dalam politikIdzan IsmailUtusan Malaysia14.03.1986
Di Sindir Tukang CatRahman ShaariBacaria01.05.1987
123

Kembali ke atas