Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.pa.ya] | سوڤايا

Definisi : mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya; agar; hendaknya: Belajarlah kamu ~ tidak kecewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
supaya (kata tugas)
Bersinonim dengan agar, semoga, moga-moga, hendaknya, mudah-mudahan.,

Puisi
 

Pasang kelambu tepi jendela,
     Supaya senang pintu dikunci;
Biar beribu dara dan janda,
     Saya memilih yang baik budi.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Supaya tahu akan pedas lada,
     supaya tahu akan masin garam.

Bermaksud :

Ajaran supaya tahu akan susah hidup.

 

Lihat selanjutnya...(33)

335

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Pukul anjing tengok-tengok tuannya

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi pukul anjing tengok-tengok tuannya . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(37)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Supaya tidak menderita lagi..Adibah AminUtusan Malaysia16.02.1990
Supaya pisang tidak berbuah tiga kaliAdibah AminUtusan Zaman17.11.1989
Supaya cukup sifat empat laksanaAdibah AminUtusan Malaysia20.10.1989
Supaya cukup sifat empat laksanaAdibah AminUtusan Melayu20.10.1989
Supaya pisang tidak berbuah tiga kali..Adibah AminUtusan Malaysia17.11.1989
Supaya tamadun hari ini jangan jatuh seperti tamadun duluAbu ZaBerita Harian18.08.1989
Syor supaya penerbit-penerbit Malaysia - Indonesia bekerjasamaWatson, BillBerita Harian27.07.1974
Syor supaya karya-karya lama penulis Sarawak dikaji semulaBernamaSabah Times02.03.1982
Saranan supaya orang Melayu Sri Lanka dikajiTiadaSabah Times23.08.1985
Dia mahu supaya dibina tugu P. RamleeTiadaUtusan Melayu14.07.1973
12345

Kembali ke atas