[sya.ha.dat] | شهادة
Definisi : Ar 1. kesaksian, pengakuan; 2. = kalimah ~ kalimah pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh-Nya; 3. sijil, ijazah, syahadah; bersyahadat 1. mengucapkan kalimah syahadat: Ali mesti bertaubat atas kesalahannya dan ~ semula; 2. = anak tidak ~ anak di luar nikah, anak haram; pensyahadatan perbuatan bersyahadat: upacara ~ beramai-ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sya.ha.dat] | شهادة
Definisi : 1 perbuatan mengaku atau menerima; pengakuan. 2 = kalimah ~ kalimah pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu rasul-Nya. 3 sijil tanda lulus dlm sesuatu peperiksaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)