Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.kis] | تڠکيس

Definisi : tangkisan: Terung Pipit pun tersalah ~ penikam Tengku Sultan; bulu ~ sj permainan spt tenis dan meng­gunakan sj bola drpd bulu ayam, badminton; bertangkis-tangkisan saling mengelakkan pukulan dll drpd lawan: maka kedelapan hulu­balang berpalukan cokmarnya ~; menangkis 1. menepiskan atau mengelak­kan pukulan musuh dgn tangan (alat, senjata, dll): segera ditikamnya, maka ditangkis ba­ginda; maka ditangkisnya dgn perisainya; 2. membalas dan melawan serangan, mematah­kan serangan musuh: mereka akan diberi pene­rangan oleh pegawai-pegawai utk ~ serangan musuh; 3. menjawab atau mem­balas (kritikan, tuduhan, dll), membantah, menolak: dia hanya tersenyum kerana tidak dapat ia hendak ~ tuduhan itu; menangkis-nangkis menangkis berturut-turut atau berulang kali; tangkis-menangkis saling menangkis: ma­ka kedelapan hulubalang itu bertetakan mata pedang ~;tertangkis dapat ditangkis, terelak: dia ter­paksa menghadapi pelbagai kritik yg tidak ~ olehnya; tangkisan gerakan menangkis (serangan dll), hasil menangkis; penangkisan perbuatan menangkis: suara sorak-sorai kian gemuruh mengikuti setiap suara ~ yg didengar dr dewan itu; penangkis alat utk menangkis: dua ketum­bu­kan askar ~ Jepun dgn satu pasukan kereta kebal telah mendarat di utara Tanah Melayu; meriam ~ meriam utk menangkis serang­an kapal terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.kis] | تڠکيس

Definisi : ; menangkis 1 mengelakkan pukulan, tikaman dll dgn tangan atau dgn alat; menepis: Dgn mudah saja, dia ~ tikaman perompak itu. Ditangkisnya tikaman itu dgn perisainya. 2 membalas atau mematahkan sesuatu serangan: Mereka telah dpt ~ serangan musuh. tangkis-menangkis saling mengelakkan atau saling menepis pukulan dll; saling menangkis. tang­kisan hasil menangkis; tepisan. pe­­­­nangkisan perbuatan atau hal me­­nang­kis. penangkis alat utk menangkis: meriam ~ meriam utk menangkis serangan kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangkis
Kata Terbitan : menangkis, tangkisan, penangkisan, penangkis,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Tangkis anggapan negatif pada remajaJamaludin ImanUtusan Malaysia30.04.1994
Tangkis menangkis dalam politik antarabangsaPak SakoUtusan Zaman16.03.1980
Islam benteng tangkis unsur-unsur negara baratTiadaBerita Harian24.09.1984
Pendidikan cara terbaik tangkis khabar anginMohd. Taib OsmanBerita Harian24.09.1998
Kembang istilah Islam untuk tangkis barat - Deliar NoerTiadaUtusan Malaysia10.09.1979
Silat Cekak Hanafi tangkas tangkisRiadz RadziHarian Metro (Variasi)05.01.2005
Dia dan KematianMisah TangkisUtusan Borneo18.09.1996

Kembali ke atas