Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pu.rung] | تمڤوروڠ

Definisi : 1. kulit yg keras pd beberapa jenis buah (terutama kulit buah kelapa): senduk itu dibuat drpd ~ kelapa; 2. kulit kelapa yg keras yg dibelah dua (utk bekas air dll), batok, geluk: pengemis-pengemis itu menghulurkan ~ mereka kpd orang-orang yg lalu di depan mereka; 3. sesuatu yg menyerupai tempurung; ~ betina belahan tempurung yg di sebelah bawah; ~ jantan belahan tempurung yg di sebelah atas; ~ kepala = ~ otak tulang kepala yg melindungi otak; ~ lutut tulang bulat pd lutut di sebelah depan, Patella rotula; ~ rebab badan rebab (biasanya drpd tempurung). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.pu.rung] | تمڤوروڠ

Definisi : buah ~ sj tumbuhan (pokok yg buahnya berwarna hijau), buah advokat, Persea gratissima. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.pu.rung] | تمڤوروڠ

Definisi : 1 kulit yg keras pd bebe­rapa jenis buah (terutamanya kulit buah kelapa): Senduk itu dibuat drpd ~ kelapa. 2 kulit kelapa yg keras yg dibelah dua (biasanya dijadikan bekas air dll): Seorang pengemis tua telah menghulurkan ~nya kpd kami. ~ kepala tulang kepala yg melindungi otak. ~ lutut tulang yg agak bulat pd lutut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempurung (kata nama)
Bersinonim dengan geluk, batok, sayak.,

Puisi
 

Tempurung bermata tiga,
     Ayam di bawah rumah kandang-kandangan;
Akan terturun akan tiada,
     Lekat di rumah berpandangan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Sudah bertongkat tempurung,
     tak terangkat pelupuk matanya lagi.

Bermaksud :

Sudah tua sekali.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Lumayan dari tempurungMaimun A. KadirBacaria07.09.1991
Jangan jadi katak bawah tempurungChamil WariyaUtusan Malaysia05.07.1989
Melayu mahu keluar dari bawah tempurungTiadaUtusan Zaman09.07.1989
Peniaga Melayu keluar dari bawah tempurungTiadaMingguan Malaysia10.12.1995
Umat Islam jangan jadi katak di bawah tempurungFungiWatan04.06.1985
Penulis-penulis muda harus keluar dari lelangit tempurungWahid KasranMingguan Malaysia03.03.1991
Cebisan novel Lautan tak Selamanya Bergelombang: seperti katak dibawah tempurungTiadaUtusan Melayu29.07.1994

Kembali ke atas