Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[téng.gang] | تيڠݢڠ

Definisi : (ténggang) 1. tempoh atau waktu (yg diberikan utk berfikir, berikhtiar, ber­usaha, dll), batas waktu; 2. daya upaya (utk melepaskan diri dr bahaya dll), ikhtiar, usaha; 3. ark sama bahagiannya; ~ daya tempoh atau waktu yg diberikan utk berikhtiar (berusaha dll); ~ hati, ~ rasa menjaga hati (perasaan) orang lain supaya tidak tersinggung; ~ tangguh waktu yg diberi­kan utk bertangguh, tempoh; ~ waktu Id batas waktu (dlm perjanjian dll); habis ~ dan (dgn) kelakar prb Mn habis akal dan budi bicara; bertenggang 1. berdaya upaya (utk men­dapat­kan pinjaman wang, pertolongan, dll), berikhtiar, berusaha: dia menjadi bodoh dan tidak dapat ~ sendiri; 2. bertolak ansur (dgn kawan), ingat-mengingati, bermuafakat, berunding: dia dapat ~ dgn kawan-kawan­nya; 3. beringat-ingat (dlm hal membelanja­kan wang), berhemat, berjimat; bertenggang-tenggangan = tenggang-menenggang saling mengingati (perasaan, kepentingan, dll orang), hormat-menghor­mati, bertolong-tolongan, bantu-membantu: masing-masing ingin lekas-lekas dan dahulu-mendahului saja dgn tidak ada tenggang-menenggang lagi;menenggang, menenggangkan 1. mem-pedulikan (perasaan, kepentingan, dll orang lain), mengendahkan: si isteri sudah pandai membawakan perangai dan kelakuan suami, tahu ~ hatinya; 2. mengingat atau meman-dang (akan), menimbangkan, me­mikir­kan: pelacur juga adalah manusia yg ~ nasib dan takdirnya; mempertenggangkan 1. mengendah akan, mengambil tahu akan, mempedulikan, mem-pertimbangkan: segala-galanya harus diper-tenggangkan sebelum dibuat keputus­an; 2. mencermatkan perbelanjaan dll, menyesuai-kan pendapatan dgn pengeluaran, meng-hematkan, menjimatkan: kalau pen­dapatan itu kecil perbelanjaan hendaklah diper-tenggangkan; 3. menjaga perasaan (hati orang) supaya jangan tersinggung: anak dipangku, kemanakan dibimbing, orang kampung dipertenggangkan; tertenggang diikhtiarkan atau diusahakan, ditimbangkan atau difikirkan baik-baik; tidak ~ lagi habis ikhtiar dan budi bicara (tidak dapat berbuat apa-apa lagi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tenggang (kata nama)
1. Bersinonim dengan tempoh: masa, waktu, jangka masa, jangka waktu, batas waktu,

2. Bersinonim dengan daya upaya: ikhtiar, usaha, akal ikhtiar, reka,

Kata Terbitan : bertenggang, bertenggang-tenggangan, tenggang-menenggang, menenggang, menenggangkan, mempertenggangkan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Tenggang simbol Melayu berwawasanTiadaBerita Harian10.04.1996
Tenggang tokoh korporatNor Asikin HassanUtusan Malaysia22.05.1996
Tenggang anak Melayu berwawasanHartati Hassan BasriHarian Metro27.05.1996
Tenggang punya mesej mendalamRoslen FadzilHarian Metro29.05.1996
Tenggang - teater muzikal ala HMIKhalid SallehMingguan Watan02.06.1996
Tenggang: permulaan yang baikAnwar RazaliMingguan Wanita07.06.1996
Tenggang bertemu TanggangTiadaBerita Harian29.05.1996
Tenggang ujian besar bagi NashSaodah IsmailBerita Harian18.05.1996
Tenggang dapat pujian penontonTiadaBerita Harian27.05.1996
Tenggang selitkan irama dangdutZainuri MisfarBerita Harian14.05.1996
12345

Kembali ke atas