Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.ngo/] | تيڠوق

Definisi : (téngok); tengok-tengok tiba-tiba, tut-tut, tup-tup;menengok 1. pergi atau datang hendak melihat (mengetahui), melihat, memandang: pd suatu pagi spt biasa aku pergilah ~ tuar dan pe­rang­kap; 2. melihat pertunjukan dll, menon­ton: selalu dia mempelawa Ida ~ wayang; 3. melawat (orang sakit dll), menjenguk; hari-hari dia pergi ~ adiknya di rumah sakit; 4. melihat buruk baiknya (nasib dll), menilik, meramalkan; 5. bp berjumpa, bertemu: sekarang saya sudah lama tidak ~ dia;tertengok menengok (melihat) dgn tidak sengaja: kalau Cikgu Hamidah ~ lukisanmu itu, macam mana? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.ngo/] | تيڠوق

Definisi : /téngok/; menengok 1 melihat sesuatu pertunjukan dll; menonton: Dia mengajak saya pergi ~ wayang gambar di pekan. 2 pergi melihat orang yg sedang sakit; melawat; menziarahi: Hari-hari dia pergi ~ adiknya yg sedang sakit di hospital. 3 pergi melihat utk mengetahui keadaan sesuatu: Dia pergi ke sawah ~ padinya. 4 melihat nasib atau melihat untung malang seseorang; menilik; meramalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tengok
Kata Terbitan : menengok, tertengok,

Puisi
 

Anak Kini turun Kuantan,
     Tengok anak Kandi berdiri;
Sungguh saya anak dagang,
     Di manakah tempat mengundur diri.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Tengok jenguk pandang-pandang,
     jangan sampai landak ditendang!

Bermaksud :

Jangan mudah menghina atau merendahkan orang kecil kerana ada waktunya ia akan melawan atau melebihi kita.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Tengok teater percuma..TiadaHarian Metro05.06.1992
Tengok dulu masalah Melayu kampungShabery ChikWatan12.03.1991
Pengkritik tengok karya bukan penulisPyanhabibMingguan Malaysia07.11.1993
Pesta tengok bukuTiadaBacaria05.09.1987
Candat Sotong Tengok PenyuJ. M. AzizUtusan Zaman19.02.1995
Mana sedap? Tengok wayang atau baca akhbar?Hantu RayaUtusan Melayu11.02.1980
Norehan giat berteater lepas tengok kakak berlakonMokhtar Haji AliasBerita Minggu12.12.1982
Mendekatkan Puisi Pada Masyarakat Atau 'Tengok' Perangai OrangMIsnon JamilMisnon Jamil30.08.1986

Kembali ke atas