Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ra.jang] | تراجڠ

Definisi : tendangan (ke bawah atau ke depan) dgn tapak kaki: dgn sekali ~ sahaja orang itu pun jatuh tersungkur; ~ tumit meng­hentakkan tumit ke tanah; menerajang 1. menendang (ke bawah atau ke depan) dgn tapak kaki: kaki kanannya ~ lelaki itu; 2. ki mengetepikan, mengesam­pingkan: tetapi apabila datang seorang yg berdarjat, apabila datang orang yg lebih berharta aku diterajangnya; menerajangkan menendangkan, menye­pak­kan, mendepakkan: maka anjing per­buruan itu pun diterajangkan oleh pelanduk putih, jatuh ke air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ra.jang] | تراجڠ

Definisi : tendangan ke bawah, ke depan dll dgn tapak kaki. menerajang me­nendang ke bawah, ke depan dll dgn tapak kaki: Dia ~ perompak itu dgn kaki kanannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terajang
Kata Terbitan : menerajang,

Puisi
 

Ulam temu di kebun Pak Akob,
     Halia tumbuh dalam dulang;
Mula bertemu macam tak cukup,
     Bila dah jemu tendang terajang.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Tendang terajang dunia deklamasi puisiNaz R. AWarta Perdana09.04.1990
Aksi sepak terajang warnai pentas 'Sybil'Abd Aziz ItarUtusan Malaysia07.07.2008
Retak: kesah sepak terajang orang2 politik untok menchari pengaroh..Hadrami A. RBerita Minggu30.05.1965
Penulis muda perlu fahami sepak terajangNordin AbdullahBerita Harian03.10.1990

Kembali ke atas