Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.jut] | ترکجوت

Definisi : 1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat ter­kejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnya (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.jut] | ترکجوت

Definisi : 1 terjaga drpd tidur; terbangun; tersedar: Ia ~ drpd tidurnya. 2 tersentak (kerana melihat sesuatu yg mengerikan dsb); terperanjat: Dia ~ mendengar lolong Leong Ah Meng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejut
Kata Terbitan : mengejut, mengejut-ngejut, mengejuti, mengejutkan, terkejut, kekejutan,

Peribahasa

Kucing melompat,
     orang terkejut daripada tidurnya,
ayam berkokok hari pun siang.

Bermaksud :

Kesusahan atau kesukaan orang lain, yang berkesan sampai kepada kita.

 

Lihat selanjutnya...(4)

487

Promises and piecrusts are made to be broken

Jangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiri

Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir

She promised not to mention the incident again, but promises and piecrusts are made to be broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée.

Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Terkejut tidak terima gaji bulan SeptemberAbdullah HussainUtusan Zaman12.04.1998
Terkejut kisah hidup P. Ramlee tiada di muziumNorzahizan Haji IsmailBerita Harian08.01.1983
Tunku terkejut wang akaun bank dikeluarkan berlebihanTiadaUtusan Melayu04.07.1985
Mahathir terkejut dengar berita kematian Tun AdamTiadaBerita Harian06.09.1984
Ogy terkejut, rindui gurau senda 'Wak'Akhbar:  Harian Metro08.02.2006
Penerbit buku terkejut tuntutan ganti rugiTiadaUtusan Zaman29.01.1984
Kahar Hamid terkejut terima hadiah bernilai dari pemanduHassin NoorUtusan Melayu05.02.1985
Shakespeare pasti terkejutTiadaHarian Metro24.07.1991
Melayu Brunei: Sharif terkejut anggapan RosihanMuhd. Sharif AliUtusan Malaysia06.10.1994
Seni dan seniman terkejut, seram dan takutAlias IsmailPentas Dunia17.05.1992
12

Kembali ke atas