Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ba] | تيبا

Definisi : 1. sampai (di), datang: apabila kereta api ~ di stesen itu ramai penumpang yg turun; mereka sedia menerima sebarang bahaya yg akan ~; 2. sudah sampai (waktu dll), sudah mulai: setelah ~lah masanya; kalau ~ musim lada itu bukan buatan ramainya orang berjual beli; setiba sebaik-baik tiba, sesampai, seketika selepas tiba: ~nya di Pulau Pinang beliau telah melakukan upacara pembukaan bangun­an UMNO; ketibaan perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan: ~ Nabi di Madinah disambut dgn sangat meriahnya. tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka, dgn men-dadak, sekonyong-konyong: sebuah kereta berhenti dgn ~ di hadapan mereka; hujan turun dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ba] | تيبا

Definisi : 1 sampai di sesuatu tempat: Rombongan itu ~ di Bandung pd pukul tiga petang. 2 sudah sampai musimnya, waktunya dll: Musim kemarau sudah ~. ketibaan hal sampai atau hal tiba di: ~ baginda disambut dgn penuh istiadat. setiba sebaik-baik tiba di; seketika selepas tiba; sesampai: ~nya di hotel, dia pun menelefon abangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ti.ba] | تيبا

Definisi : ; tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka; sekonyong-konyong: Ia melo­long dgn ~ spt orang ketakutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiba (kata kerja)
Bersinonim dengan sampai, datang, mari, muncul, timbul, terpacul, terjengul;,
Kata Terbitan : setibanya, ketibaan,

Puisi
 

Orang pulang ke negeri China,
     Tiba di luar air ditimba;
Dagang di rantau terbaring merana,
     Menunggu maut menjemput tiba.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Malang tak berbau.

Bermaksud :

Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Tiba-tiba Pada Perenggan BaruHasyuda AbadiHarian Ekspress20.02.1992
Tiba-tibaNajmiBerita Minggu30.05.1993
Tiba-tiba Tersapa RinduMalina MBerita Minggu26.06.1994
Tiba-tiba Semua Neon PadamYassin SallehMingguan Malaysia01.02.1981
Tiba-tiba TerpandangKamaludin Mohd. TahirBacaria28.11.1987
Tiba-tibaMuhammad Ghani AbdullahBacaria11.05.1994
Tiba-tiba Datanglah MusimnyaOsman DolWarisan Nasional25.03.1990
Tiba Tiba (Surat dari penyair untuk Dik Yam)Ismaily BongsuHarian Ekspres19.09.1981
Tiba-TibaAnas Ayu Ansayoh OgosSabah Times11.07.1981
Tiba-Tiba Aku BertanyaAhmad TaibMingguan Timur03.10.1976
12345678910...

Kembali ke atas